Ahad, Januari 06, 2013

Jemputan Selangor lawan Zurich Grasshopper FC (3hb Februari 1982).

Cenderahati Zurich Grasshopper FC kepada Selangor FA pada 1982.
Supermokh dan Reduan Abdullah, beraksi
sewaktu Jemputan Selangor menentang Zurich
Grasshopper FC pada bulan Februari 1982. 
Jamaluddin Norbit dan Santokh Singh yang 
mewakili Jemputan Selangor, cuba menghalang 
penyerang Zurich Grasshopper FC daripada 
menghampiri gawang mereka. 
Jersi Piala Malaysia 
Selangor, 1982.
Skuad Grasshoppers FC, 1980/81.
Skuad Grasshoppers merupakan kelab
Switzerland yang paling tua dan
paling berjaya.
Sulser, dalam satu aksi bersama
Grasshoppers FC pada 1981.

Sulser yang pernah beraksi satu padang 
dengan Supermokh, kini merupakan 
Presiden Jawatankuasa Etika FIFA.
3hb Februari 1982 (Stadium Merdeka, Kuala Lumpur).
Pada tanggal 3hb Februari 1982, pasukan Jemputan Selangor telah beraksi menentang kelab Switzerland, Grasshopper Club Zurich, yang juga dikenali sebagai Grasshoppers FC. Kelab yang berpengkalan di Zurich, Switzerland ini telah memenangi 27 buah gelaran, menjadikannya kelab yang paling banyak dan berjaya dalam Kejohanan Piala Swiss. Era 80an dilihat sebagai dekad kegemilangan Grasshoppers, di mana mereka menjuarai Piala Swiss sebanyak tiga kali: 1982, 1983 dan 1984. Sewaktu Piala UEFA 1980-1981, Grasshoppers FC berjaya layak ke peringkat suku akhir, tetapi kemudiannya tewas kepada kelab Perancis, Sochaux FC.

Perlawanan ini merupakan salah-satu daripada siri perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia 1982. Grasshoppers diketuai oleh penjaring terbanyak Piala Eropah UEFA (nama asal Liga Juara-Juara Eropah) untuk edisi 1978-1979, Claudio Sulser, manakala Jemputan Selangor membariskan penyerang utama Angkatan Tentera Malaysia ketika itu, Ibrahim Haji Din. 

Sulser juga merupakan Pemain Terbaik Switzerland 1982, dan memenangi Piala Switzerland dan Liga Super Switzerland bersama Grasshoppers FC sebanyak beberapa kali. Merupakan Penjaring Terbanyak Liga Super Switzerland untuk 1979/80 dan 1981/82, beliau beraksi dengan Grasshoppers FC dan skuad kebangsaan Switzerland dari 1977-1986. Dalam pertemuan di Stadium Merdeka, Herman Herbert menjaringkan gol sulung Grasshoppers pada minit ke-14, sebelum Reduan Abdullah menyamakan kedudukan pada minit ke-34. Sulser sekali lagi menjaringkan gol untuk Grasshoppers pada minit ke-70, sekaligus mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Jemputan Selangor.  

-------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...