Sabtu, Januari 12, 2013

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1996: Selangor lawan Sabah.



1996: Mehmet Durakovic, lagenda Socceroos 
yang beraksi untuk Selangor. Sedikit tentang Mehmet di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-mehmet.html
1996: Mehmet dan Suharmin Yusof.
Kit latihan Selangor FA, 1996.
Saya pernah memiliki kit ini, sekali dengan
stokin dan seluar pendek. Dibeli di PKNS Shah Alam,
sewaktu darjah tiga.
1996: Mustaca Christian, pemain import
Selangor, sewaktu menentang Perak.
Saat indah di Stadium Shah Alam.
Meriah dan penuh.
Khairul Azman, tangkas dan cemerlang.
Harun Laban dan 
Mubin Mokhtar.
Mustaca Christian terlibat dalam
perebutan bola di udara.
Shahril Arsat, Scott Ollerenshaw
dan Ismail Ibrahim.
Khairul Azman diraikan oleh rakan-rakannya
selepas menyelamatkan sepakan
penalti Mehmet Durakovic.
Shaka Hislop (Liverpool) dan Khairul Azman.
Dua lagenda, satu jersi yang sama.
Azman Adnan, penyerang 
sensasi Selangor.
1996: Yap Kam Choon, Sanbagamaran, Abu Talib
Sulaiman, Anuar Abu Bakar, Asroff Hanafiah
dan skuad Selangor.
Sabah, Juara Liga Perdana 1996.
1996: Skuad Sabah bergambar kenangan
sewaktu sesi latihan di Stadium Shah Alam.
Skuad Red Giants, 
1996.
Juara Piala Malaysia 1996: 
Selangor FA.

Apabila Liga Semi-Pro Malaysia diperkenalkan pada awal 1989, Sabah FA menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti Selangor FA dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti Matlan Marjan yang ketua pasukan kebangsaan pada masa itu, membantu Sabah memenangi pertandingan profesional pertama mereka iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 1995 setelah menewaskan Pahang 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994 dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak Sabah seperti penyerang berbisa kebangsaan Matlan Marjan, bola sepak Sabah kekal pada prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga Perdana (kini Liga Super Malaysia) pada 1996. Sabah juga berjaya melayakkan diri ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1996, bertemu Selangor FA di Stadium Shah Alam.

Pada tahun 1996, penyerang sensasi Selangor FA, Azman Adnan kembali daripada penggantungan akibat kes ‘6 Budak Disko’, dan membantu Selangor menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah. Perlawanan akhir tersebut berlangsung penuh sengit, memandangkan Sabah turut dianggotai pemain-pemain hebat seperti Khairul Azman Mohamed, Scott Ollerenshaw, Harun Laban dan Jelius Ating. Tahun 1996 menyaksikan negara dilanda kesedihan selepas Ribut Greg melanda Sabah dan mengorbankan banyak nyawa. Justeru itu, sewaktu final Selangor-Sabah tersebut, para pemain dan penyokong di Stadium Shah Alam bertafakur dan membaca Al-Fatihah sebagai tanda simpati terhadap tragedi tersebut. Selangor menewaskan Sabah menerusi penentuan sepakan penalti, di mana Abu Talib Sulaiman berjaya menyempurnakan sepakan terakhir, sekaligus membolehkan Skuad The Red Giants menjulang Piala Malaysia buat kesekian kalinya. Selangor menang, 5-4. Pada tahun tersebut, Skuad Selangor telah memenangi gelaran Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.  

-----------------------------------------------------------------------------------


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...