2001: Azmin cuba menghalang bola daripada ditanduk oleh Ole Gunnar Solksjaer. |
| ||
2001: Iklan promosi. |
| ||
2001: Penyerang kebangsaan, Fareed Shah Hassan, dikawal ketat oleh Chadwick dan Wes Brown. |
2001: Nistelrooy bersama Ferguson. Meskipun dilaporkan mengalami perselisihan dengan Ferguson selepas lima musim bersama United, Nistelrooy menyatakan bahawa beliau tetap berterima kasih dan menghargai jasa pengurus tersebut. |
Ahmad Shahrul Azhar dicabar hebat
oleh Ryan Giggs.
Norhafiz Zamani Misbah cuba merampas bola
daripada kaki Dwight Yorke.
| ||
2001: Subkhiddin menyaksikan Ahmad Shahrul Azhar dan Roy Keane bertukar cenderamata pasukan. |
2001: Meskipun diakui sebagai ketua pasukan yang bagus, Ahmad Shahrul dikritik kerana mengejar Beckham untuk saling bertukar jersi. |
2001: Dua bintang; Beckham dan Zainal Abidin Hassan. |
Nidzam dan Azmin Azram bergambar kenangan bersama Fabien Barthez, pemenang Piala Dunia 1998, sewaktu kunjungan Manchester United ke Malaysia pada 2001. Red Devils menang, 6-0. |
Tiket perlawanan Malaysia-United, 2001. |
Stadium Bukit Jalil, 22hb
Julai 2001.
Pada
22hb Julai 2001, satu perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Manchester
United telah diadakan. Berlangsung di Stadium Bukit Jalil, perlawanan
persahabatan ini digelar sebagai ‘The
Star Challenge Cup’. Perlawanan ini dianggap sebagai persiapan untuk skuad
Bawah-23 tahun negara untuk menghadapi Sukan SEA XXI di Kuala Lumpur pada
Septembr 2001. Antara tetamu kehormat ketika itu ialah DYMM Yang di-Pertuan
Agong ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Almarhum) dan Raja
Permaisuri Agong ketika itu, Tuanku Siti Aishah. Skuad Manchester United yang
hadir ketika itu dibarisi oleh pemain yang memenangi tiga kejohanan pada 1999
dan beberapa muka baru bertaraf dunia.
Untuk
jelajah kali ini, skuad Manchester United menjelajahi tiga buah negara:
Malaysia, Singapura dan Thailand. Seramai 180,000 orang menyaksikan ketiga-tiga
perlawanan tersebut, di mana skuad The
Red Devils dilaporkan mempunyai 4.5 juta peminat setia di ketiga-tiga buah
negara itu. Jelajah selama 13 hari ini diraikan dengan penuh meriah, di mana
David Beckham yang hadir dengan gaya rambut botak, mempamerkan aksi yang
menarik meskipun beraksi di bawah keupayaan sebenar.
Seramai
80,000 orang penonton memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, salah-sebuah stadium
terbesar di dunia. Namun, sewaktu sesi latihan – yang dihadiri oleh 10,000
orang penyokong setia The Red Devils -- Nistelrooy yang memuji keindahan
Stadium Bukit Jalil, turut menyatakan kekecewaannya terhadap kualiti padang di
stadium tersebut. Jurulatih negara ketika itu ialah Alan Harris yang mula
melatih skuad senior kebangsaan pada 5hb Disember 2000, menggantikan Haji Abdul
Rahman Ibrahim.
Bintang
baru United, Ruud van Nistelrooy mudah merobek gawang Malaysia untuk gol
pembukaan seawal minit ke-7 menewaskan Kamarulzaman Hassan dengan tendangan
leret setelah menyambar bola yang dihantar oleh Dwight York dengan menggunakan
belakang tumitnya. Nistelrooy yang berpindah ke Red Devils pada 2001 dengan nilai £19 juta, menjaringkan 150 gol
dalam 219 penampilan selama lima tahun bersama kelab tersebut.
Dua
penyerang negara, Akmal Rizal Ahmad dan Nizaruddin Yusof nyata sukar bergerak
apabila dikawal ketat Jaap Sam dan Denis Irwin. Akmal dan Nizaruddin, masih
mampu menggugat Barthez menerusi tendangan jarak jauh masing-masing pada awal
permainan tetapi percubaan mereka jauh daripada sasaran. Percubaan Shukor Adan
pada minit ke-26 pula terkena Nizaruddin yang berada di kotak penalti. Ryan
Gigs nyata licik di bahagian kiri dan kerap menghuru-harakan pertahanan
Malaysia ditambah aksi Beckham di sebelah kanan dan Roy Keane di bahagian
tengah.
United
melancarkan serangan bertubi-tubi terutama menerusi gerakan bahagian tengah
tetapi gol kedua United hadir pada minit ke-29 berlaku apabila York melorongkan
bola kepada Bekcham yang tidak dikawal di sebelah kanan untuk ketua pasukan
England itu mudah menewaskan Kamarulzaman menolak masuk gol kedua. Bintang
Belanda, Nistelrooy sekali lagi merobek gawang Malaysia pada minit ke-35 dan
kali ini mudah melambungkan bola melepasi Kamarulzaman untuk gol ketiga United,
selepas menerima hantaran daripada Roy Keane.
Pada
babak kedua, Sir Alex Ferguson menukar tujuh pemain termuda bintang mereka,
Beckham dan Gigs, mankala jurulatih Malaysia, Alan Harris cuma mengeluarkan
empat pemain. Namun gol keempat United begitu pantas hanya seminit sebaik babak
kedua bermula apabila Andy Cole bebas menggelecek bola dalam kotak penalti
sebelum menewaskan penjaga gol gantian, Azmin Azram Aziz, ketika juruhebah
stadium sedang mengumumkan senarai pertukaran pemain. Akmal mengejut Barthez pada
minit ke-68 apabila merembat kencang dari jarak 35 meter, hanya menyaksikan
bola mengenai palang gol ketika menjaga gol Perancis itu sudah tertewas.
Luke
Chadwick turut melakar nama sebagai penjaring United dengan mudah menewaskan
Azmin menerusi rembatan leret minit ke-70, selepas melepasi hadangan Nizam
Jamil. Andy Cole terus meranapkan skuad negara apabila membuat rembatan dari
luar kotak penalti untuk gol keenam United minit ke-77, selepas menerima
hantaran cantik Nicky Butt.
- Pemain Malaysia: 1-Kamarulzaman Hassan, 21-Azmin Azram Aziz dan Mohd. Syamsuri Mustafa (penjaga gol); 3-S. Jayaprakash, Rezuan Radzy, 17-Mazuki Yusof, 5-Norhafiz Zamani Misbah, K. Rajini, 6-Mohd. Nizam Jamil dan 2-Abd. Aziz Ismail (pertahanan); 4-Subri Sulong, 7-Ahmad Shahrul Azhar, 12-K. Rajan, 16-Chow Chee Weng, Mohd. Shawal Johadi, Mohd. Syaiful Sabtu, 26- Rosdi Talib, 25-Mohd. Shukor Adan, 11-Juzaili Samion, 13-Indra Putra Mahayuddin dan D. Surendran (tengah); 20-Hairuddin Omar, 14-Akmal Rizal Ahmad Rakhli, 10-Nizaruddin Yusof, 24-Rudie Ramli, Fadzli Shaari dan 19-Mohd. Fareed Shah (penyerang);
- Pemain Manchester United: 1-Fabien Barthez dan Raimond van ger Gouw (penjaga gol); 6-Jaap Stam, 2-Gary Neville, 12-Phil Neville, 5-Ronny Johnsen, 14-Wes Brown dan 3-Denis Irwin (pertahanan); 8-Roy Keane, 18-Paul Scholes, 7-David Beckham, 19-Nicky Butt, 11-Ryan Giggs, 4-Juan Sebastian Veron dan 19-Quinton Fortune (tengah); 10-Ruud van Nistelrooy, 17-Andy Cole, 9-Dwight Yorke, 20-Ole Gunnar Solksjaer dan 15-Luke Chadwick (penyerang);
- Pengadil: Subkhiddin Mohd Salleh.
-----------------------------------------------------------------------------
| ||
Pada 2001, Red Devils turut mengadakan perlawanan persahabatan dengan Singapura. Barthez mengejutkan Stadium Kallang, apabila menggantikan Van Nistelrooy dan beraksi sebagai pemain sayap dalam aksi yang berakhir dengan kemenangan, 8-1. |
Tiket perlawanan Singapura-United, 2001. |
Singapura, 24hb Julai 2001.
Kemudian,
pada 24hb Julai 2001, skuad The Red
Devils mengunjungi Stadium Nasional Singapura, untuk menghadapi ‘Courts Cup’. Manchester United menang
8-1, dengan Indra Sahdan Daud menjaringkan gol tunggal Singapura pada minit
ke-37. Fabien Barthez membuat kejutan apabila masuk ke padang dengan jersi
pemain biasa, dan bermain di posisi sayap kiri untuk Manchester United. Ruud
van Nistelrooy menjaringkan satu gol, Ole Gunnar Solskjaer (2 gol), Dwight
Yorke (2 gol), Phil Neville (1 gol), Beckham (1 gol) dan Ryan Giggs (1 gol).
--------------------------------------------------------------------------
2001: Thailand yang dipimpin oleh Kiatisuk Zico Senamuang, berjaya mempamerkan aksi cemerlang sehingga United hanya mampu menang 2-1. Sedikit tentang Zico di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-kiatisuk-zico.html |
Thailand, 29hb Julai 2001.
Jelajah
terakhir United ialah ke Thailand, di mana mereka hadir untuk menyertai ‘Siemens GSM Invitation’ pada 29hb Julai
2001 di Stadium Rajamangala. Seramai 65,000 orang penonton memenuhi stadium
tersebut, manakala 15,000 yang lain menonton melalui layar gergasi yang
disediakan di luar stadium. Thailand yang dikenali sebagai antara pasukan
terkuat Asia ketika itu, berjaya mengekang Manchester United yang hanya mampu
menang 2-1. Gol-gol Manchester dijaringkan oleh Ryan Giggs dan Dwight Yorke.
Sebelum itu, Thailand tewas 1-3 kepada Liverpool FC. Thailand ketika itu
diperkuatkan oleh kebanyakan pemain yang beraksi di Liga Singapura (S-League); dengan Kiatisuk ‘Zico’ Senamuang, Tawan Sripan dan Anuruck
Srikerd berjaya mengkucar-kacirkan barisan pemain bintang United. Malahan, 7
orang pemain Thailand baru sahaja menjalani perlawanan Liga Singapura, beberapa
jam sebelum bertemu United. Penjaga gawang Thailand, Phansa Meesathum pula
beraksi cemerlang untuk menghalang pemain United daripada mendapat lebih banyak
gol. Tawan Sripan menjadi wira Thailand apabila berjaya menjaringkan gol
tunggal Thailand menerusi satu gol cantik untuk menewaskan Barthez.
--------------------------------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/piala-malaysia-1978-selangor-lawan.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/1982-asian-all-stars-lawan-brazilian.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/brazil-lawan-malaysia-stadium-bukit.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/piala-aff-suzuki-2012-sebuah-gambus-luka.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/boca-juniors-lawan-jemputan-selangor-xi.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/19hb-mei-1999-malaysia-xi-lawan-arsenal.html;
- http://www.facebook.com/quril?fref=ts;
- http://www.thaifootball.com/tournaments/friendly/mufc-2001.html;
- http://www.utusan.com.my/utusan/;
- http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/m/man_utd/1482774.stm;
- http://artzlistudio.nasyeed.my/tag/barcelona-vs-man-united/;
- http://www.telegraph.co.uk/sport/football/competitions/premier-league/3009847/Beckham-deal-holds-up-United.html;
- http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/m/man_utd/1448759.stm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan