| ||
Skuad Kwong Yik Bank 1987. Supermokh
duduk paling hadapan, dua dari kiri. |
Kelab
Terakhir Yang Diwakili Oleh Supermokh
Atas
rasa cinta yang mendalam terhadap sukan bola sepak, desakan peminat
dan permintaan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS),
Supermokh telah kembali daripada persaraannya pada 1987 untuk
membantu Selangor FA, kali ini sebagai pemain dan pembantu jurulatih.
Meskipun Selangor FA berjaya memenangi Piala Sumbangsih 1987 selepas
menewaskan Wilayah Persekutuan FA, pasukan tersebut hanya mampu
menduduki tangga ke sembilan liga, sekaligus gagal untuk layak ke
Suku Akhir Piala Malaysia 1987.
Pada
tahun 1987, Supermokh turut beraksi bersama Kwong Yik Bank FC dan
menjadi jurulatih kelab tersebut dalam Liga FAM [Berikutan
penggabungan Bank DCB (Development
and Commercial Bank)
dan Bank Kwong Yik pada 1997, Bank RHB (Rashid
Hussein Bank)
telah diasaskan oleh Tan Sri Rashid Hussain. Bank RHB diiktiraf
sebagai bank ketiga terbesar di Malaysia, dengan memiliki lebih 200
buah pejabat di Malaysia dan rantau Asia].
Sebelum
menyertai Kwong Yik Bank FC, Supermokh pernah menyertai beberapa buah
kelab seperti Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) dan Talasco. Semasa berada di Kwong Yik Bank FC,
Supermokh berjaya menjaringkan 20 gol dalam 13 kali penampilan
bersama kelab tersebut. Selain menjuarai Piala Liga Dunhill FAS,
Supermokh juga berjaya membawa Kwong Yik Bank FC menjuarai Piala
Gabenor Antara Bank Ketiga di Stadium Merdeka, setelah menewaskan MBB
1-0.
Ketika
menjadi jurulatih dan selepas pertama kali didedahkan bahawa beliau
mengidap penyakit ‘motor
neurone’,
ia tidak menghalang Supermokh untuk terus menabur khidmatnya. Dalam
keadaan sedikit uzur, Supermokh masih hadir ke Stadium kajang untuk
memberikan motivasi dan buah fikir kepada pemain Kwong Yik Bank FC,
sewaktu Perlawanan Akhir Piala Dunhill-FAM antara kelab tersebut
dengan Wira FC, yang berjaya ditewaskan dengan jaringan 2-0.
Supermokh yang ketika itu bertugas selaku Pengarah Sukan Kwong Yik
Bank dan baru pulang dari menjalani rawatan di London, tetap
menggagahkan dirinya atas cintanya beliau kepada bola sepak dan
peminat.
Malah,
ketika berkerusi roda, beliau masih bersama anak buahnya di padang
dan stadium memberi tunjuk ajar. Semoga semangat dan disiplin
Supermokh dapat kita jadikan peringatan dan azimat untuk bangkit
daripada kealpaan. Al-Fatihah, buat tokoh sukan kita semua: Mokhtar
Dahari.
- Antara anggota skuad Kwong Yik Bank FC pada tahun 1987 ialah: Razali Alias; Kamil Majid; K. Rajasegaran; A. Jayakanthan; Lim Chuan Chin; Haslan Kamsir; Kok Seng Mun; Megat Rosli Sidin; Ismail Kamat; Seng Chin Kwee; Zulkifli Alias; Rosli Yusof; Ahmad Khair; Ahmad Fuad; Nasaruddin Mohamad; Kamarulzaman Yusof; Norazman Mohamad; Kee Teong Peng; Zainal Nordin; Raja Shaharul Niza (Pengurus Pasukan); Ong Chee Keong; Chong Chan Kiang (Penolong Pengurus Pasukan); Tan Yu Keong (Pegawai Kelab); dan Mokhtar Dahari (Jurulatih dan Pemain).
***************************
Sumber
dan rujukan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/piala-sumbangsih-1985-selangor-lawan.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/perlawanan-akhir-piala-malaysia-1984.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-alan-davidson.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/buku-biografi-mokhtar-dahari.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/singapura-lawan-selangor-piala-malaysia.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
- http://www.facebook.com/king.kheiriel;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1448973784588&set=o.113226981358&type=3&theater;
- http://www.under-voice.com/wp-content/uploads/2012/02/DSC04283.jpg;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- Majalah Dunia Sukan;
- Utusan Malaysia;
- New Straits Times.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan