Ahad, Januari 06, 2013

Selangor lawan Matshushita (11hb Februari 1982).


Too Sen Fee cuba mengawal bola daripada
dirampas pemain Matsushita (Jepun)
selepas Abdul Muin terjatuh.
 
Penjaga gol Matshushita (Jepun) cuba
menyelamatkan bola selepas pemain Selangor, 

K. Rajagopal, terjatuh, sambil diperhatikan 
oleh Abdul Muin dan Wong Hung Nung. 
Cerita tentang liga JSL, 1982.
Antara jersi lama Matsushita
Electric era 80an dan awal 90an.
Logo liga amatur JSL (kiri) dan
liga terbaik Asia, J-League (kanan).
TS Konosuke (mendiang),
pengasas Syarikat Matsushita.

Kunjungan TS Konosuke Matsushita
(Mendiang) ke Malaysia.
Selangor lawan Matshushita Electric (11hb Februari 1982, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur).
Pada 11hb Februari 1982, satu perlawanan persahabatan telah dianjurkan antara Selangor dan kelab bola sepak Matsushita Electric Industrial Co. Ltd yang ditubuhkan pada 1980. Kelab Matsushita merupakan salah-sebuah kelab Liga Bola Sepak Jepun (Japan Soccer League-JSL) ketika liga negara tersebut belum lagi melangkah ke era profesional. JSL dijalankan dari 1965 hingga 1992. Kelab Matsushita kemudiannya dikenali sebagai ‘Gamba Osaka’ FC pada 1991, sebelum menyertai ‘J-League’, iaitu sebuah liga profesional Jepun. Pemain Indonesia, Ricky Yacob (yang digelar ‘Paul Breitner Indonesia’) pernah menandatangani kontrak dengan kelab Matsushita pada 1988.

Pengasas Syarikat Matsushita ialah Tan Sri Konosuke Matsushita. Beliau mula bekerja sewaktu berusia 9 tahun kerana keluarganya hidup dalam kemiskinan, sebelum mula mengasaskan perniagaannya pada 1917 -- bermula daripada sebuah bengkel kecil yang menghasilkan peralatan elektrik. Menjelang 1969, Syarikat Matsushita disenaraikan sebagai syarikat pengeksport yang mencatatkan keuntungan paling tinggi di Jepun. Pada tahun 2003, Syarikat Matsushita menukar namanya kepada Panasonic Corporation. Di Malaysia, Panasonic memulakan perniagaan pada 29 Mac 1976 dan dikenali sebagai Matsushita Sales & Service Sdn. Bhd. (MASCO) sebelum akhirnya ia dikenali sebagai Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. pada 1hb Oktober 2003.

Tan Sri Konosuke telah menerima bintang kebesaran Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri pada Februari 1979 atas usaha yang ditunjukkan dalam membantu pengindustrian Malaysia dengan pelbagai syarikat yang diperkenalkan di sini. Falsafah Matsushita menjadi titik kejayaan perniagaan sehingga berkembang di serata dunia. Menariknya, idea mereka cipta pelbagai bentuk keperluan pengguna yang inovatif pada satu zaman agak kuno menjadikan beliau seorang industrialis yang ulung.

Kelab Matsushita – ketika era amaturnya – merupakan Juara Kejohanan Bola Sepak Senior Seluruh Jepun 1983, Juara Divisyen 2 Liga Bola Sepak Jepun 1985-1986 dan Juara Piala Maharaja 1990. Sebelum ke Kuala Lumpur pada bulan Februari 1982, Kelab Matsushita turut menentang dua buah kelab Singapura iaitu Kelab Changi Constituency dan Farrer Park United, di mana Matsushita menang 2-1 dan seri 1-1. Di Stadium Merdeka, Selangor FA berjaya menewaskan Matsushita dari Jepun dengan keputusan 2-1. Dalam perlawanan tersebut, Selangor turut menguji Zainal Abidin Hassan dan Khan Hung Meng yang baru pulih daripada kecederaan.

Kini, Jepun sudah layak ke Piala Dunia sebanyak beberapa kali, selepas kali pertama layak pada 1998 menerusi perlawanan epik bertemu Iran di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 1997. J-League juga kini telah diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai satu-satunya liga yang diiktiraf sebagai Gred ‘A’. Semoga kita dapat mencontohi dan mengikuti jejak gemilang Tan Sri Konosuke dan J-League, yang bermula daripada kepayahan dan kesederhanaan, sebelum mengecapi kejayaan. Semua pihak perlu mainkan peranan. Dari sekarang, sampai akhir usia dunia. Hidup Malaysia kita. Padu.

------------------------------------------------------------------

Sumber dan Rujukan:
  1. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/brazil-lawan-malaysia-stadium-bukit.html;
  2. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/piala-aff-suzuki-2012-sebuah-gambus-luka.html;
  3. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/boca-juniors-lawan-jemputan-selangor-xi.html;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/edisi-sulung-piala-fa-perak-lawan.html;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/supermokh-lagenda-yang-tiada-galang.html;
  6. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/cerita-malaysia-ke-olimpik-1980-moscow.html;
  7. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/cerita-malaysia-ke-olimpik-1972-munich.html;
  8. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
  9. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/19hb-mei-1999-malaysia-xi-lawan-arsenal.html;
  10. http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/penjaga-gol-terbaik-malaysia.html;
  11. http://en.wikipedia.org/wiki/Gamba_Osaka;
  12. http://thestar.com.my/;
  13. http://www.bharian.com.my/;
  14. www.nst.com.my/;
  15. www.utusan.com.my/.
  16. http://kimura.ciao.jp/kyorozo/?p=3183;
  17. http://www1a.biglobe.ne.jp/bkpwr-rb/catalogue/catalogue/catalogue%20soccer%20jsl.html;
  18. http://pramleeelvis.com/2009/07/18/famous-personalities-that-ramli-have-met-so-far/konosuke-matsushita-in-malaysia/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...