'Minda Tertawan', karya besar. |
Naskah 'Tercipta dari Tanya' yang sempat saya dapatkan di Kinokuniya, Suria KLCC Sabtu lepas. |
Naskah milik saya yang ditandatangani oleh Dr Anwar Ridhwan. |
Pak Engku dan SN Dr Anwar Ridhwan sedang berkongsi rasa. |
Sekitar sesi peluncuran buku di Kinokuniya, Suria KLCC. |
Antara karya yang dipamerkan di Galeri RA Fine Arts. |
Pak Engku bergambar kenangan. |
Hafizul, Pak Engku dan saya, di Galeri RA Fine Arts, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. |
“Begitu juga dengan sindrom ‘cium-tangan’ pemimpin yang sinonim dengan ampuisme. Biasanya budaya cium tangan ini diamalkan terhadap seseorang yang berkuasa. Apabila orang berkenaan hilang atau tamat bidang kuasanya, maka para pencium tangan tadi akan mencari sasaran tokoh baru untuk dicium tangannya.”
-- YM Raja Ahmad Aminullah (Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa, 2011).
I
Alhamdulillah, pada 13hb April 2013 yang
lepas, saya sempat berkunjung ke Galeri RA Fine Arts di Solaris Dutamas, Kuala
Lumpur untuk menziarahi pemilik galeri tersebut iaitu budayawan mapan, YM Raja
Ahmad Aminullah yang mesra dengan panggilan ‘Pak Engku’. Pak Engku dilahirkan
di Ipoh, Perak pada 1955. Menamatkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) sebelum menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di Institut
Teknologi Mara (ITM) dan pengajian undang-undang di London pada akhir 1970-an.
Pernah bertugas di The New Straits Times (NST), Pak Engku juga pernah menulis
untuk majalah ‘Impact International’ ketika di London.
Dalam bidang seni budaya, Pak Engku
adalah antara pengasas Yayasan Kesenian Perak (YKP) selain kerap diundang
sebagai penceramah seni halus dan kesusasteraan dalam dan luar negara. Ketika
Raja Ahmad adalah pengarah galeri seni RA Fine Art. Selain antologi puisi ‘Menyarung Jiwa’ (2004)
dan ‘Kata-Kata Hati’ (2004), Pak Engku juga menghasilkan ‘Minda
Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa’ (2011). ‘Menyarung Jiwa’
sudah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Antara yang hadir memberi sokongan ketika peluncuran 'Minda Tertawan' ialah Nizal Mohamad, U-Wei Haji Shaari dan Dr Syed Husin Ali. |
II
Saya mula mengenali nama Pak Engku
menerusi karya besarnya, ‘Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa’ (2011).
‘Minda Tertawan’ mengemukan pandangan-pandangan kritikal Pak Engku
tentang keadaan intektual dan juga akademia di negara ini, yang disifatkannya
tertawan oleh penguasaan politik. Apa yang menjadikan pandangan ini menarik
untuk dinilai ialah ia datang daripada seorang yang hingga hampir 10 tahun
lalu, satu tempoh panjang dalam hidupnya, terlibat dalam politik secara
langsung, di kedua-dua belah garisan yang memisahkan dua kumpulan politik
terbesar di negara kita.
Satu pandangan yang perlu diberi
perhatian ialah bagaimana politik kepartian menguasai segenap ruang aktiviti
manusia di negara ini, sehingga hampir tidak ada lagi yang bebas daripada
takrif dan penguasaan politik kepartian. ‘Minda Tertawan’ adalah tulisan
yang mempersoalkan persoalan-persoalan seputar dunia akademik,
golongan-golongan inteligensia yang semakin tidak memainkan fungsinya terhadap
masyarakat dewasa ini. Ditulis dan dikupas dengan pandangan-pandangan kritikal
penulis, ia membawa pembaca ke sebuah dunia permasalahan para cendekiawan.
Karya besar ini mendedahkan kemunafikan,
sifat tidak mahu dipertanggungjawabkan dan ketamakan golongan berkuasa (dan
mereka yang masih bergelut untuk mendapatkan kuasa!) dengan cara yang lemah
lembut dan penuh kiasan. Beliau menekankan satu-satunya jalan keluar daripada
lubuk pemikiran yang membelenggu negara ini adalah dengan kembali kepada
warisan intelektual dan budaya mengupas dengan mendalam sebagai cara
mengembalikan integriti, kebertanggungjawaban dan akal budi yang telah lama
hilang.
Suasana pada Sabtu lepas. |
Kedai Buku Kinokuniya yang terletak di Suria KLCC. Untuk ke Coffee Club Express, pengunjung boleh menaiki tangga di sebelah dalam kedai buku ini. |
III
Selepas sesi bual-santai dan makan tengah
hari, saya dan Pak Engku menyertai Majlis Pelancaran Buku ‘Tercipta Dari Tanya’
yang diadakan pada hari yang sama di Coffee Club Express, Kinokuniya,
Suria KLCC. Buku ‘Tercipta Dari Tanya’ adalah sebuah antologi puisi
karya Sasterawan Negara (SN) Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Selain itu, penganjuran
majlis ini juga bertujuan untuk meraikan dan menghargai jasa serta sumbangan
Sasterawan Negara ke-10 ini dalam memperjuangkan sastera dan persuratan Melayu.
Majlis ini juga secara tidak langsung membantu menyemarakkan lagi aktiviti
penerbitan dan penghayatan sastera, selain mengeratkan hubungan antara pelbagai
pihak khususnya penerbit, sasterawan, peminat-penggiat sastera dan juga pihak
media.
Bergambar kenangan bersama selebriti TV3 yang bertugas sebagai pengacara majlis, Saudara Ahmad Fedtri Yahya. Seorang yang petah dan berbakat besar. |
Naskah 'Tercipta dari Tanah'. |
IV
‘Tercipta dari Tanya’ tercipta daripada pertanyaan demi
pertanyaan akan persoalan yang sentiasa membayangi kehidupan manusia. Persoalan
yang ditimbulkan adalah perkara asas tentang pengertian mistik dalam kehidupan,
sebab-musabab kejadian serta pengakhiran dan perjuangan hidup. Buku yang
mengandungi 99 buah puisi ini merupakan kumpulan puisi kedua beliau, selepas
kumpulan puisi pertamanya ‘Tercipta dari Tanah’ (1984). ‘Tercipta
dari Tanah’ yang diterbitkan semula pada 2010 agak istimewa kerana
mengandungi sebuah esei ringkas ditulis oleh Prof. Rahman Shaari (Universiti
Malaya), yang memperkatakan dan memperkenalkan kembali sebahagian sajak-sajak
yang terhimpun di dalamnya.
V
SN Dato’ Dr. Anuar bin Haji Rethwan (Anwar
Ridhwan) dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana
Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi Ijazah
Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998): kesemuanya dari
Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah
bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.
Dalam dunia penulisan, beliau terkenal
sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah ‘Hari-hari
Terakhir Seorang Seniman’ yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah,
1979. Sebuah lagi novelnya ‘Arus’ (1985) memenangi Hadiah Sastera
Malaysia 1984/1985. Antara cerpen karyanya ialah ‘Perjalanan Terakhir’
(1971), ‘Dunia adalah Sebuah Apartmen’ (1973), ‘Sesudah Perang’
(1976) (edisi bahasa Rusia oleh Victor
Pogadaev, 1996) dan ‘Dari Kiev ke Moskova’ (1992). Karya
beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul ‘Naratif
Ogonshoto’ memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.
Novel itu dengan judul ‘Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto’ diterbitkan
dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor
Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg.
Bersama Prof Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP yang mesra dan budiman. Tulisan beliau boleh dibaca di sini: http://kembarabahasa.blogspot.com/. |
Pak Khalid Salleh, mesra dengan panggilan 'Wak', aktivis yang saya senangi. Antara filem lakonan beliau ialah 'Kaki Bakar': http://chedinsphere.blogspot.com/2012/04/filem-kaki-bakar-1995.html |
Bersama Saudara Pyanhabib Abd Rahman aka 'Osman Tikus'. Sedikit tentang 'Kembara Seniman Jalanan' di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/01/filem-kembara-seniman-jalanan-1986.html |
Pyanhabib dan Khalid Salleh, nama besar dalam dunia seni kita. |
| ||
Saudara Pyan bersama rakan-rakan beliau. |
Majlis ilmu seperti peluncuran buku ini
mempunyai manfaat yang besar, khususnya buat penggemar buku yang marhaen
seperti saya. Di dalam majlis-majlis seperti inilah para aktivis, budayawan,
tokoh sastera dan masyarakat terbanyak dapat duduk bersama dan bertegur-sapa di
samping bertukar-tukar pandangan dengan lapang dada dan tanpa protokol. Semoga
negara kita akan terus makmur dengan pencerahan ilmu dan maklumat yang luhur. Kobar jiwa
semangat. Hidup Malaysia kita. Padu.
------------------------------------------------------------------
Sumber dan
Pautan:
- http://kartinimatyaakob.blogspot.com/;
- http://ra-finearts.blogspot.com/;
- ahmadalikarim.wordpress.com;
- http://www.facebook.com/zakaria.ariffin.3/photos;
- http://www.facebook.com/mohdkhairngadiron/photos;
- http://www.facebook.com/rajaahmad.aminullah?fref=ts;
- http://melihatbuku.blogspot.com/2011/08/minda-tertawan-raja-ahmad-aminullah.html;
- http://gbgerakbudaya.com/bookshop/index.php?main_page=product_book_info&cPath=16&products_id=1227;
- http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/2/5/central/5605913&sec=central;
- http://ohbuku.com/minda-tertawan-satu-mukadimah/;
- http://ulasbuku.blogspot.com/2010/11/tercipta-dari-tanah-2010-anwar-ridhwan.html.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan