Saudara Afifi, pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia, bersama Saudara Jurgen. Saudara Afifi bakal melanjutkan pelajarannya dalam bidang PhD di United Kingdom tidak berapa lama lagi. |
Iklan promosi Persidangan Minggu Halal Sedunia 2013. |
Persidangan Minggu Halal Sedunia (3hb dan 4hb April 2013).
I
Alhamdulillah, pada 3hb dan 4hb April 2013, saya dan sahabat,
Saudara Afifi Ab Halim, berkesempatan menghadiri Persidangan Minggu Halal
Sedunia 2013 (World Halal Week Conference 2013) yang dianjurkan di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. Persidangan halal sejagat itu telah disertai
oleh lebih 500 peserta dari lebih 20
negara yang membincangkan isu pengeluaran, kajian dan potensi pemasaran halal sedunia.
Persidangan dua hari itu bertemakan ‘Ekonomi Halal: Mewujudkan Momentum’, di
mana seramai 20 orang penceramah dan ahli panel dijemput menghadiri persidangan
itu, yang telah membentangkan pemikiran, pandangan dan cadangan mereka mengenai
bagaimana industri Halal boleh mewujudkan momentum bagi penyertaan yang lebih
luas oleh peserta dan organisasi perniagaan.
II
Membuat penampilan yang keempat, Minggu Halal Sedunia asalnya
dikenali sebagai ‘Minggu Halal Kuala Lumpur’. Forum Halal Sedunia mengumumkan
rancangan penubuhan sebuah dana ekuiti swasta bernilai AS$500 juta (RM1.54
bilion) yang tertumpu kepada pembangunan industri halal. Penubuhan dana secara
berperingkat itu diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pada
majlis pelancaran Azka Capital pada sewaktu persidangan tersebut.
III
Apa yang menarik ialah saya dapat melihat penglibatan ramai
pengusaha dan ahli perniagaan belum Islam yang begitu bersungguh-sungguh
mempromosikan perkhidmatan dan produk yang diusahakan oleh syarikat dan universiti
mereka. Hal ini membuktikan bahawa industri halal adalah sebuah lapangan yang sangat
luas dan memberikan manfaat yang baik kepada umat sarwajagat, tanpa mengira
latar keturunan dan agama.
IV
Ramai delegasi – dalam dan luar negara – yang tidak melepaskan
kesempatan untuk membina jaringan (networking) seperti bertukar-tukar kad nama,
risalah dan sebagainya. Tidak sedikit yang membincangkan soal pembubaran
Parlimen Malaysia yang diumumkan oleh DS Najib Tun Abdul Razak pada hari
perasmian persidangan tersebut. Apa pun, selamat memilih dan meletakkan sikap
buat semua rakyat Malaysia yang sudah mendaftar dan layak untuk mengundi. Hidup
Malaysia kita. Padu.
------------------------------------------------------
Sumber dan
pautan:
- www.thestar.com.my/;
- http://www.worldhalalforum.org/whf_intro.html;
- www.utusan.com.my/;
- http://www.smecorp.gov.my/v4/node/3150;
- http://www.sinarharian.com.my/bisnes/hdc-anjur-persidangan-minggu-halal-sedunia-1.142849.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan