Jumaat, Mei 02, 2014

Wakil ABIM dan PKPIM di Majlis Peluncuran Naskah “A UN Chronicle: 1988-1998” (Tan Sri Razali Ismail dan Sharifah Shifa al-Attas).

Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.

Wakil ABIM dan PKPIM di Majlis Peluncuran Naskah “A UN Chronicle: 1988-1998” (Tan Sri Razali Ismail dan Sharifah Shifa al-Attas).
Pada 30hb April 2014 (Rabu), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menghantar wakil ke Majlis Peluncuran Naskah “A UN Chronicle: 1988-1998” (tulisan Tan Sri Razali Ismail dan Puan Sharifah Shifa al-Attas). Program ini turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Kementerian Luar Negeri, Datuk Othman Hashim.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberikan penghormatan untuk melancarkan buku tersebut yang ditulis oleh bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Razali Ismail dan Puan Sharifah Shifa al-Attas di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di Kuala Lumpur, pada 30hb April 2014.
Buku berkenaan mencatatkan pengalaman dan peranan Malaysia berkaitan isu dunia ketika Tan Sri Rozali Ismail menjadi wakil tetap di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York dari 1988 hingga 1998. Beliau juga pernah berkhidmat bersama beberapa orang Perdana Menteri dan pernah menjadi pengerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1996 hingga 1997. 
TS Razali dalam ucapannya berkata beliau berharap buku berkenaan akan menjadi rujukan berguna kepada diplomat Malaysia pada masa ini, bakal diplomat, golongan akademik dalam jurusan kajian antarabangsa dan pelajar. Katanya, antara pengalaman yang dicatatkan dalam buku itu ialah bagaimana beliau berkhidmat di PBB ketika era kepimpinan Dr Mahathir yang sangat proaktif memperjuangkan nasib negara-negara sedang membangun. 
Selanjutnya, TS Razali secara tegas menyatakan bahawa beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PBB, selain menuntut usahama rakyat terbanyak bersama kerajaan untuk memperbetulkan kegagalan PBB tersebut. Beliau menyuarakan kekecewaannya terhadap pembaziran masa dan wang yang dilakukan oleh lebih 200 buah negara yang berhimpun di PBB, dek ketiadaan resolusi sejati untuk pembaharuan atau keamanan. Sepertimana irama klasik orkestra ‘Bolero’ (nukilan Mauricel Ravel), yang naik-turun tanpa sebarang penamat, resolusi PBB dilihat gagal mencapai keputusan yang baik.
TS Razali, yang pernah berkhidmat bersama Kementerian Luar dari 1962-1985, juga menyatakan bahawa beliau hanyalah seorang bekas penjawat awam yang perlu mematuhi arahan majikannya sewaktu bertugas dahulu.
Sementara itu, TS Razali dan Dr Mahathir turut mengkritik institusi yang telah berusia lebih dari 70 tahun itu sebagai ‘raksasa politik yang memijak hak asasi rakyat terbanyak yang seharusnya menerima pembelaan daripada PBB’. Dr Mahathir juga bersependapat dengan TS Razali, di mana beliau menyatakan bahawa PBB gagal menjalankan peranannya berdasarkan situasi semasa. Beliau melihat masa depan yang suram buat mereka yang memegang kuasa dalam PBB.
Selanjutnya, Dr Mahathir mengecam PBB yang hanya memberikan kuasa veto kepada lima buah negara, di sebalik berbilion lagi suara penduduk dunia yang perlu diambil kira. China, Jepun, Rusia, Amerika Syarikat, dan United Kingdom memberikan negara mereka kuasa sendiri untuk menentukan dasar dunia. Sikap negara-negara kuasa besar ini masih cuba meletakkan pengaruhnya kepada negara-negara lain, sehingga kita gagal untuk menyuarakan pandangan. Negara-negara ini gagal untuk membuat keputusan terhadap segalanya kerana mereka tidak mampu untuk bersetuju antara sesama mereka.
Maka, menurut Tun Dr Mahathir, terserahlah kepada generasi muda untuk menentukan samada mereka masih mahukan sebuah badan seperti PBB ataupun tidak. Secara sinikal, beliau mencadangkan agar keanggotaan PBB dihadkan kepada lima buah negara sahaja, bagi menjimatkan kos. Beliau menyingkap sejarah PBB yang bermula sejak selepas ‘kejayaan’ Perang Dunia Kedua dan kini ‘seolah-olah mahu memerintah dunia untuk selamanya’. Untuk sebuah institusi yang tidak demokratik tetapi cuba mempromosikan demokrasi, adalah sesuatu yang sangat tidka konsisten, ujarnya lagi.
Tatkala memuji TS Razali di atas peluncuran buku yang telah lama ditangguhkan penerbitannya itu, Dr Mahathir secara sarkastik menyatakan bahawa buku tersebut merupakan ‘usaha yang bagus tetapi tidak lagi dibaca pada hari ini.’ “Tahniah, sekiranya harga buku ini rendah atau kemu mahu memberikannya secara percuma… mungkin aka nada orang yang mahu membeli dan membacanya. Saya harap buku ini laku dijual,” kata Dr Mahathir lagi.
-------------------------------------
Sumber:
  1. Akhbar The Star;
  2. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LawatanObamaluarbiasa-DrMahathir/Article;
  3. http://mfa.gov.ua/en/news-feeds/foreign-offices-news/22281-urochiste-predstavlennya-knigi-a-un-chronicle-1988-1998;
  4. https://www.facebook.com/ibnrahim?fref=ts;
  5. http://www.malaysiakini.com/news/261451;
  6. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/no-democracy-in-united-nations-as-its-controlled-by-five-superpowers-says-d;
  7. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140501/dn_04/Dasar-negara-antara-punca-kemerosotan-jualan-Proton;
  8. https://twitter.com/fadzmel/status/461327364417265664. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...