Majlis Hi-Tea bersama
Bekas Pemain
Selangor dan Kelab Jersi Kita (KJK).
18hb Mei 2014: Alhamdulillah, petang
tadi, Kelab
Jersi Kita (KJK) dan ASFC telah menganjurkan majlis Hi-Tea bersama
para bekas pemain Selangor FA yang berjasa. Antara bekas pemain yang hadir
ialah Abang Shahril Arsat(treble
Piala Malaysia 1995, 1996 dan 1997); Abang Jamsari Sabian (treble
2005); Abang Nor
Suhaimi Kenon (Juara Liga Malaysia 2000); dan Abang Elie Aiboy (treble
2005).
Majlis yang dianjurkan pada 18hb Rejab
1435H (Ahad) ini berlangsungd ari jam 5.30 petang hingga 7 malam; dan
bertempat di Restoran Putera Ayu yang terletak di Lot 34486-2, Jalan Besar
Padang Jawa, 41300 Shah Alam, Selangor.
Sesi dimulakan dengan bacaan doa dan
ucapan perasmian oleh wakil KJK dan ASFC. Seterusnya, program dilanjutkan
dengan sesi perkongsian nostalgia para bekas pemain sewaktu beraksi bersama
Selangor. Selain itu, sesi autograf dan ramah mesra bersama bekas pemain turut
dianjurkan bagi merapatkan lagi hubungan ukhwah sesama mereka.
Sahabat KJK turut membuka booth mini yang
mempamerkan jersi-jersi nadir (rare) pasukan-pasukan liga bola sepak Malaysia dari
era Semi-Pro sehinggalah sekarang. Antara barangan lain yang dipamerkan ialah
memorabilia bola sepak tempatan (tiket perlawanan era 90an, bola dari tahun
60an, pingat, setem bola sepak lama dan barangan berkaitan sejarah bola sepak
Malaysia) serta buku-buku dan majalah-majalah lama bola sepak Malaysia.
Masih lagi pada
peringkat proses pendaftaran pendaftaran pertubuhan, Presiden Jawatankuasa
Penaja KJK merupakan Saudara Asmizan Kasmawi atau lebih dikenali sebagai ‘AzmieSwitchimage’. Timbalannya pula ialah Saudara Kheiriel Hembeley Mohd Zakaria
(King Kheiriel) dan Setiausahanya ialah Saudara Zairudin Hashim (Che Din).
Selain ‘booth’ di Karnival Syria Needs You (2014) di Stadium Malawati, KJK juga pernah membuat pameran di
beberapa karnival dan program seperti Karnival Belia Putrajaya (2013) dan
Karnival Sukan TV3 (2013) di Sri Pentas, Bandar Utama.
Selain membuka gerai
pameran dan jualan, KJK turut mengadakan perlawanan bola sepak padangpersahabatan secara berkala serta futsal pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di
The Challenger Sports Centre, berhampiran Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras-Kajang.
Selain itu, ahli-ahli KJK turut turun ke stadium setiap kali perlawanan Liga-M,
serta yang melibatkan pasukan kebangsaan. Hal ini bertujuan merapatkan hubungan
sesama ahlinya.
Paling penting,
tiada istilah siapa hebat atau tidak dalam KJK. Semua pengumpul jersi dan
majalah bola sepak lama, tanpa mengira latar keturunan mahupun status, diraikan
sebagai ahli keluarga. Kewujudan KJK juga agak signifikan bagi membolehkan
ahlinya membuat rujukan atau pertanyaan sesama mereka berkenaan kualiti serta
nilai sesuatu jersi, selain membuat rujukan berkenaan kaedah atau tempat yang
paling sesuai untuk membuat sesuatu jersi ‘DIY’.
Komunikasi seperti
ini penting bagi mendapatkan maklumat untuk mengelakkan unsur penipuan -- di
mana para ahli dapat membantu satu-sama lain jika terdapat penipuan; baik
daripada pihak pembeli mahupun penjual jersi Liga-M.
Mempunyai wakil di
setiap negeri di seluruh Malaysia, kelab ini ditubuhkan dengan tujuan
mengeratkan silaturrahim sesama pengumpul jersi dan majalah lama bola sepak
tempatan. Matlamat jangka panjang KJK adalah ingin mengeluarkan e-book dan buku
bercetak berkenaan sejarah bola sepak Malaysia serta jersi Liga-M.
Juga, KJK berhasrat
untuk menubuhkan cawangan berdaftar di setiap negeri bagi menggalakkan lebih
ramai rakyat Malaysia menghargai jersi tempatan melalui pameran yang dibuat di
seluruh negara. Akhir sekali, KJK berhasrat untuk mempunyai galeri pamerannya
sendiri bagi membolehkan koleksi arkib bola sepak negara dipamerkan kepada
orang awam.
Akhir kalam, terima kasih kepada semua yang hadir dan
menjayakan program Hi-Tea bersama bekas pemain Selangor ini. Ada rezeki, kita
anjur lagi. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu!
------------------------------------------
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan