Allahyarhamhu Adzrie Khaliff Gjj. Al-Fatihah sekudusnya. |
Seorang yang disenangi ramai. |
Kenangan berfutsal bersama Allahyarhamhu dan Sahabat KDRS-PJ FC, 2008. |
Kawasan Tanah
Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak. |
Pusara
No. P7C1 158A.
|
Bergambar kenangan, di Pusara Allahyarhamhu Adzrie Khaliff Gjj. |
Pasar Raya Giants
Batu Caves.
|
Menziarahi Pusara Allahyarhamhu Adzrie
Khaliff.
Alhamdulillah, semalam saya dan beberapa
sahabat seangkatan berkesempatan menziarahi pusara sahabat yang budiman,
Allahyarhamhu Adzrie
Khaliff Gjj. Kepada para sahabat yang ingin ke sana, pusara beliau terletak
di Pusara No. P7C1 158A, Kawasan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah
KL-Karak, berhampiran dengan Pasar Raya Giants Batu Caves dan Lebuhraya Karak.
Untuk rekod, Raudhatul Sakinah merupakan
satu projek inovasi pembangunan baru bagi mengindahkan lagi tanah perkuburan
yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai
permulaan, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit
Kiara telah dijadikan projek rintis kerana dua tanah perkuburan ini, telahpun
mempunyai sistem lot kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan
sistematik.
Sungguh, Raudhatul Sakinah benar-benar merupakan
taman kenyamanan sebagai tempat peristirahatan terakhir bagi penduduk Kuala
lumpur dan sekitarnya. Projek Inovasi Raudhatul Sakinah (kubur dalam
taman) KL- Karak dan juga sistem e-pusara ini diharapkan menjadi rintis kepada
tanah perkuburan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan khususnya dan negeri
lainnya amnya; untuk dicontohi serta mengangkat imej tanah perkuburan Islam dan
Syiar islam jua.
Semoga Allahyarhamhu ditempatkan dalam
kalangan hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh. Amin dan in sya ALLAH.
Kematian itu pasti. Kita pula akan menyusul selepas ini. Al-Fatihah sekudusnya.
----------------------------------------
Sumber:
aku lupa no lot arwah.sbb tukar fon.igt lokasi gitu2 je puas membelek.pejabat ttp plk.tiba2 terpikir nak google kot2 sakinah ada buat listing lot kat website.rupanya ada kat blog tuan.alhamdulillah klu x mesti rasa kesal sikit sbb lupa.nampak nau lama x dtg.terima kasih tuan untuk maklumat ini.nnt aku dah mati tulis la no lot aku kat tenet kat mana mana.nnt senang sedara mara aku kot kot sesak mcm aku td tu.chaon.
BalasPadamSalam Chaon. Kita sedekah Fatihah dan doa yang baik-baik buat Arwah Landak.
PadamKita tak tau lagi apa pengakhiran kita semua. Moga yang baik-baik juga. Amin dan in sya ALLAH.