Isnin, Mei 19, 2014

WADAH-ABIM-PKPIM Ucap Takziah kepada Keluarga Mangsa Lombong Terbakar di Soma, Turki.

Logo Wadah Pencerdasan 
Umat (WADAH)
Dato' Dr Siddiq Fadzil, mantan 
Presiden ABIM, Presiden WADAH serta 
Presiden Kolej Dar al Hikmah (KDH).


Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan

Juga mantan Presiden PKPIM.
WADAH-ABIM-PKPIM Ucap Takziah kepada Keluarga Mangsa Lombong Terbakar di Soma, Turki
WADAH-ABIM-PKPIM dengan penuh rasa dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada kesemua keluarga mangsa yang telibat di dalam kejadian lombong batu arang meletup dan terbakar di Soma, Utara Turki.
Laporan yang dipetik daripada Daily Sabah mengatakan, kejadian malang yang berpunca daripada litar pintas pada sistem pengagihan kuasa di lombong berkenaan sehingga kini telah mengorbankan 301 pekerja lombong berkenaan. Kejadian yang berlaku pada pukul 12.30 tengahari (waktu tempatan), 14 Mei 2014 yang lepas merupakan kejadian terburuk dalam sejarah perlombongan batu arang di Turki.
Ekoran daripada kejadian ini, Perdana Menteri Tuki, Reccep Tayyib Erdogan telah membatalkan perjalanannya ke Albania dan telah melawat kawasan kemalangan. Pasukan bomba juga berusaha untuk mengepam oksigen ke dalam tanah sebagai usaha menyelamatkan lebih 100 orang pekerja lombong yang masih terperangkap lebih empat kilometer di dalam lombong.
WADAH-ABIM-PKPIM dan kepimpinannya menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan agar usaha menyelamat berjalan dengan baik dan mengajak untuk bersama mengadakan solat ghaib untuk semua mangsa yang maut dalam kejadian berkenaan.
WADAH-ABIM-PKPIM akan menyerahkan surat ucapan takziah kepada duta Turki ke Malaysia pada pukul 3 petang ini (Isnin) sebagai tanda keprihatinan WADAH-ABIM-PKPIM dan rakyat Malaysia berhubung kejadian malang ini.
-------------------------------------------------------
WADAH-ABIM-PKPIM Convey Condolences to the Family of Mine Explosion Victims in Soma, Turkey
With a sense of sorrow, WADAH-ABIM-PKPIM would like to convey a heartfelt condolence to all the families of the victims who got involved in the explosion of coal mines in Soma, West Turkey. 
The report quoted from Daily Sabah said the unfortunate incident caused by a short circuit in the power distribution system in the mine has killed 301 mine workers so far. The incident that happened at 12:30 pm (local time) on May 14, 2014 was considered the worst incident in the history of coal mining in Turkey.
Following the incident, Prime Minister of Turkey, Reccep Tayyib Erdogan has cancelled his trips to Albania and visited the site. Fire fighters also worked to pump oxygen into the soil in an effort to save more than 100 mine workers trapped over four miles in the mine.
WADAH-ABIM-PKPIM leadership urged Malaysians to pray that rescue efforts are going well and organize the funeral prayer for all the victims who died in the incident.
WADAH-ABIM-PKPIM will submit a letter of condolences to the Turkish Ambassador to Malaysia this 3pm (Monday) as a sign of WADAH-ABIM-PKPIMs’ concern as well as Malaysians regarding this unfortunate incident.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...