Meraikan keberhasilan; mensyukuri nikmat
TUHAN.
Sekiranya ada dalam kalangan kenalan kita
yang beroleh kejayaan, doa dan raikanlah keberhasilannya. Kita sendiri perlu
berikhtiar dan bertawakal, sekiranya mahu lebih cemerlang. Hidup ini terlalu
singkat untuk kita penuhi dengan sifat iri hati dan cercaan.
Jangan hasut, usah dengki. Berusahalah
demi memperoleh kejayaan sendiri. Semoga kita semua dapat jadi lebih baik dari
semalam: untuk hari ini dan esok. Sebarkanlah salam. Sebarkan salam.
Dewasa ini, ramai yang kaya harta dan
benda, tapi miskin adab dan tatasusila. Jadi, semaikanlah rasa hormat dan rendah diri
dalam jiwa. Kita semua hamba ALLAH SWT yang Esa. ALLAH SWT jugalah yang
selamanya Maha Besar dan Maha Agung. Takbir.
---------------------------------------------------
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan