Rabu, Mei 14, 2014

Himpunan Keluarga Besar Wadah Pencerdasan Umat-ABIM-Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Logo Wadah Pencerdasan 
Umat (WADAH)
Dato' Dr Siddiq Fadzil, mantan 
Presiden ABIM, Presiden WADAH serta 
Presiden Kolej Dar al Hikmah (KDH).
Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan

Juga mantan Presiden PKPIM.
Himpunan Keluarga Besar Wadah Pencerdasan Umat-ABIM-Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
Alhamdulillah, pada 13hb Mei 2014 [13 Rejab 1435H (Selasa)], telah berlangsung ‘Syammun Nasim: Himpunan Keluarga Besar’ Wadah Pencerdasan Umat -Abim Pusat - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Sesi perkelahan santai ini telah berjalan di Taman Tasik Shah Alam, Shah Alam, Selangor dari pukul 8 hingga 11 pagi.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-cita tersebut, ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek kemasyarakatan, perundangan dan kenegaraan.
Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31hb Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29hb September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepada satu pergerakan yang stabil dan bersifat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.
Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) pula ditubuhkan bagi memanfaatkan pengalaman intelektual dan lapangan bekas aktivis ABIM. WADAH masih mengekalkan hubungan erat dengan ABIM bagi meneruskan tradisi belia yang berperanan sebagai jurubicara ummah. Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah menerusi peningkatan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.
Intihanya, perkelahan santai yang dianjurkan secara bersama oleh WADAH-ABIM-PKPIM ini nyata bermanfaat besar serta mengeratkan hubungan sesama ahli. Bila yang muda berjumpa dengan belia, bila si belia berjumpa dengan veteran, maka perkongsian illmu orang lama adalah nikmat besar untuk teruskan perjuangan. Hingga jumpa sekali lagi. Mungkin Syammun Nasim Kebangsaan? Lagi besar, lagi ramai, dan lebih banyak kita akan berkongsi ilmu dan pengalaman.
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...