Rabu, Mei 14, 2014

Wak Am: Biar jasa jadi kenangan.


 
Wak Am: Biar jasa jadi kenangan.
Sesiapa yang menyaksikan aksi Amri Yahyah (Wak Am) dari era 2001 di stadium, pasti akan mengenang kesungguhan serta komitmen beliau bersama Selangor. Sentiasa memberikan yang terbaik, meski ketika Merah Kuning ketinggalan gol. Bekas penjaga gol Selangor yang memenangi trofi ‘treble 2005’ bersama beliau, Jamsari Sabian sendiri, selaku sahabat Wak Am, ada menceritakan bagaimana kesungguhan Wak Am ketika berlatih bersama pasukan.
Malah, ketika era Selangor dipenuhi deretan bintang 2005-2006, Wak Am sanggup beraksi di bahagian pertahanan, asalkan dapat menyumbang kepada pasukan.
Semoga Wak Am sekeluarga akan terus bahagia dan sukses. Jersi mungkin berbeda; namun jasa dan pengorbanan Wak Am; kekal dalam hati penyokong Selangor FA. Mungkin ada tindakan atau kenyataan (statement) yang didakwa dilakukan/dinyatakan oleh Wak Am yang kurang disenangi oleh segelintir peminat Selangor. Tetapi, itu takkan mampu memadam jasa dan pengorbanan Wak Am selama lebih sedekad bersama Gergasi Merah.
Biar jasa jadi kenangan. Viva Selangor. Selamanya Merah Kuning.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...