Selasa, Mac 19, 2013

Tun Dr Mahathir, DS Najib dan Supermokh di atas padang bola.

DS Najib bertukar cenderamata ketika Pasukan 
Pemuda UMNO melawan Akademi Laut Malaysia@ALAM 
sempena Mesyuarat Malindo tahun 1988.
Tun Dr Mahathir, DS Najib dan Supermokh di atas padang bola.
29hb September 1988, Kuala Lumpur.
Pada 29hb September 1988, satu perlawanan bola sepak telah dianjurkan di antara pasukan Anggota Kabinet dengan Kelab Backbenchers BN di Kuala Lumpur. Antara yang menyertai perlawanan ini ialah Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed (kini Tun), Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika itu Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. DS Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. Beliau telah mengalami kecederaan lutut sewaktu perlawanan tersebut.

Perlawanan tersebut dianjurkan sempena perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara, Supermokh (Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari). Supermokh yang popular dengan jersi nombor 10 itu kemudiannya dilaporkan menyedari berkenaan penyakitnya, ‘motor neurone’, iaitu sejenis penyakit gangguan otot dan saraf pada November 1988. Penyakit tersebut menyebabkan Supermokh lemah dan tidak bermaya: apabila berjalan; terhuyung-hayang.

Sumber dan pautan:
  1. http://www.utusan.com.my/;
  2. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/buku-biografi-mokhtar-dahari.html;
  3. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/supermokh-olahragawan-kebangsaan-1976.html;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/supermokh-sebagai-jurulatih-kelab-kwong.html;
  6. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/singapura-lawan-selangor-piala-malaysia.html;
  7. Majalah Arena Bola Sepak;
  8. Majalah Dunia Sukan;
  9. Utusan Malaysia;
  10. New Straits Times.

2 ulasan:

  1. ada gambar lagi tak pasal event ni??? seronok betul! tak pernah nampak menteri2 kabinet kita main bola hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Akan diusahakan; sebab saya pun masih mencari. :)

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...