Kejohanan Jemputan Mitsubishi Shah Alam 1994.
Stadium Shah Alam dirasmikan pada 16hb Julai 1994. Berharga RM460
juta, stadium ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang
turut merangkumi Stadium Malawati (stadium tertutup). Berkapasiti 80,000 orang
penonton, Stadium Shah Alam merangkumi keluasan sebanyak 155,000 kaki persegi
dan dilengkapi dengan dua ‘scoreboard’ gergasi. Stadium Shah Alam dirasmikan oleh Sultan Selangor dalam upacara gilang-gemilang,
diikuti Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi (Mitsubishi International
Clubs Invitational Soccer) yang dianjurkan pada 16-23hb Julai 1994.
Kejohanan Jemputan Mitsubishi Shah Alam ini telah dianjurkan di Stadium Shah Alam.
Antara kelab yang bertanding ialah Pilihan Selangor (Malaysia), Dundee United FC
(Scotland), Bayern Munich FC (Germany), Skuad Olimpik Australia (Olyroos), Flamengo FC
(Brazil), dan Leeds United FC (England). Celtic FC (Scotland) dan AC Milan FC
(Itali) yang pada asalnya dikhabarkan akan turut beraksi, menarik diri atas
sebab-sebab tertentu. Pilihan Selangor, Dundee United FC dan Bayern Munich FC
diletakkan dalam Kumpulan 1, manakala Olyroos, Flamengo Fc dan Leeds United FC
diundi dalam Kumpulan 2.
Perlawanan Pembukaan: 16hb Julai 1994 (Sabtu).
Pasukan Pilihan Selangor dan Dundee United FC diberi penghormatan
untuk bermain dalam perlawanan sulung Stadium Shah Alam yang berkesudahan seri
1-1. Kesilapan di atas padang bukan saja dilakukan oleh pemain, malah pihak
pengurusan stadium turut membuat kesalahan dalam mengukur garisan bulatan
tengah. Kelewatan permainan bagaikan mencabar kesabaran penonton yang mujur
disajikan dengan pancaran laser dan tarian oleh pelajar sekolah seluruh Selangor
dalam upacara pembukaan yang menarik.
Asakan pilihan Selangor lebih tersusun dengan rangkaian penggempur
yang lincah diketuai oleh pemain dari Australia, Eddy Krncevic, menunjukkan
persefahaman mantap sekalipun baru sehari mengenali pemain tuan rumah. Di
sisinya ialah penyerang Bosnia, Dejan Mostahinic, sambil dibantu oleh kepantasan
Anuar Abu Bakar. William McKinlay (Dundee United) mencipta sejarah sebagai
pemain pertama menjaringkan gol pada minit ke-56 di stadium ini, sebelum Anuar
Abu Bakar menjadi pemain tempatan pertama yang menjaringkan gol di Stadium Shah
Alam pada minit ke-62, seterusnya menjadikan kedudukan 1-1.
- Pilihan Selangor: Bruce Grobbelaar; Ismail Ibrahim; Assrof Hanafiah; P. Maniam; Mehmet Durakovic; Almir Memic; Yeo Swee Hock; Anuar Abu Bakar; Zsolt Bucs; K. Sanbagamaran; Dejan Mostahinic; dan Eddy Krncevic.
- Dundee United: Henrik Jorgensen; Alec Cleland; Maurice Malpas; Christian Dailly; Brian Welsh; David Hannah; Davie Bowman; Will McKinlay; Dragutin Ristic; Craig Brewster; dan Jerren Nixon.
17hb Julai 1994 (Ahad).
Pada 17hb Julai 1994, Skuad Olyroos seri 0-0 dengan Flamengo,
sebelum tewas 1-2 kepada Leeds United FC pada 19hb Julai 1994 (Selasa).
Gol-gol Leeds United dalam perlawanan menentang Olyroos dijaringkan oleh Phil
Masinga dan White pada minit ke-2 dan 82, manakala gol saguhati Olyroos
disumbangkan oleh Joe Spiteri pada minit ke-38.
- Olyroos: Frank Juric; Kevin Muscat; Sean Cranney; Mike Valkanis; Peter Tsekenis; Ante Moric; Goran Lozanovski; Sasha Dimoski; Ross Aloisi; Gabriel Mendez; Brad Hassell; Damien Vojtek; Joe Spiteri; Luke Casserley; Vinko Buljubasic; dan Adrian Cervinski.
18hb Julai 1994 (Isnin).
Pada 18hb Julai 1994, Selangor FA telah bertemu dengan pasukan
Bayern Munich FC dari Jerman. Pasukan gergasi Jerman ini menampilkan barisan
muda, tetapi turut dibintangi oleh Jean Pierre Papin. Bayern menang 4-0 hasil jaringan
Markus Schupp (minit ke-10) dan Mehmet Scholl (minit ke-26, 76 dan 85). Perlawanan
ini juga menyaksikan lagenda Socceroos, Mehmet Durakovic berjaya memikat hati
pengurusan Selangor FA untuk menagih khidmatnya dari 1995 hingga 1998.
Kemudian, pada 20hb Julai 1994 (Rabu), Bayern bertemu
dengan jaguh Scotland, Dundee United. Para pemain utama Bayern seperti Lotthar
Matthaeus, Thomas Helmer, Oliver Kahn, Adolfo Valencia, Jorginho dan Alain Sutter tidak
diturunkan memandangkan tarikh kejohanan yang agak hampir dengan jadual Separuh
Akhir Piala Dunia 1994.
21hb Julai 1994 (Khamis).
Pada 21hb Julai 1994, Flamengo FC yang mendapat motivasi dan inspirasi
daripada kejayaan Brazil menggenggam Piala Dunia 1994, berjaya mengalahkan
Leeds United FC 2-1. Jaguh Brazil ini mendahului menerusi Rodrigo pada minit
ke-24, sebelum disamakan oleh Noel Whelan. Kendatipun, Magno menjaringkan gol
kemenangan Flamengo pada minit ke-74.
- Leeds United FC: Mark Beeney; John Pemberton; Kevin Sharp; Carlton Palmer; David O'Leary; Nigel Worthington; Gordon Strachan; Mark Tinkler; Noel Whelan; Phil Masinga; dan Gary McAllister.
- Flamengo FC: Adriano; Henrique; Fabio Baiano; Gelson; Rogerio; Marcos Adriano; Fabinho; Hugo; Marquinhos; Rodrigo Mendes; Fabiano; Charles Baiano; Magno; dan Savio.
Perlawanan Akhir: 23hb Julai 1994 (Sabtu).
Dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut, Bayern berdepan cabaran
Flamengo, di mana kelab Brazil tersebut berjaya menewaskan Bayern 3-1 di mana
60,000 penonton memenuhi Stadium Shah Alam, pada kala terdapat banyak rungutan
berkenaan harga tiket yang mahal. Tiket-tiket dijual pada harga RM15, RM21 dan
RM30. Gol-gol Flamengo dijaringkan oleh Rogerio dan Marquinhos e Savio,
selanjutnya mengesahkan bahawa pemenang bagi kejohanan ini ialah kelab Flamengo
FC dari Brazil.
- Bayern Munich FC: Uwe Gospodarek; Marco Grimm; Dietmar Hamann; Michale Stenkoff; Marcel Witeczek; Mehmet Scholl; Jean-Pierre Papin; Markus Schupp; Alexander Zickler; Christian Nelinger; Markus Babbel; Oliver Kreuzer; Christian Ziege;
- Flamengo FC: Adriano; Fabio Noronha; Savio; Rodrigo; Charles II; Marquinhos; Hugo; Marcos Adriano; Fabinho; Rogerio; Henrique; Gelson.
Perlawanan sulung Liga Semi-Pro di Stadium Shah Alam.
Sementelahan, perlawanan sulung liga tempatan yang dimainkan di
stadium ini adalah pada 30hb Julai 1994 apabila Selangor FA beraksi menentang
Perlis FA yang berakhir dengan keputusan 3-3. Gol-gol Merah-Kuning dijaringkan
oleh Ismail Ibrahim (minit ke-11) dan Anuar Abu Bakar (minit ke-42 dan 60);
manakala Singa Utara memperolehi jaringan hasil sumbangan Igor Ivanov (pada
minit ke-6); Saidin Osman (minit ke-31 dan 89).
- Selangor FA: Azlisham Ibrahim; A. Jayakanthan; Azman Adnan; K. Sanbagamaran; Anuar Abu Bakar; Assrof Hanafiah; Zsolt Bucs; Yeo Swee Hock; Ismail Ibrahim; K. Ravichandran; P. Maniam; Reman Regunathan;
- Perlis FA: Zulfikar Rajamohan Abdullah; Chan Cheat Swee; Raja Mohan; Igor Ivanov; Daniel Francis; Saidin Osman; Aziz Ibrahim; Serguer Ladovskhich; Yusri Che Lah; M. Mathivanan; Mazlan harun; Mohammad Nur Mohamed; Alexandre Sodorov;
- Pengadil: S.K. Kennedy.
----------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
- http://www.stickerfreak.de;
- www.xn--sdkurve-n2a.com;
- www.fashx.de ;
- http://vsbotonismo.blogspot.com/2011_07_01_archive.html;
- http://soccernostalgia.blogspot.com/2013/05/old-match-photographs-part-15f.html;
- myfcf.blogspot.com;
- www.utusan.com.my;
- www.nst.com.my;
- http://www.leedsunitedmatchworn.co.uk/shirt/19941995-shah-alam-tournament-home-shirt-11/;
- www.oldschoolpanini.com;
- http://www.leedsunitedmatchworn.co.uk/shirt/19941995-shah-alam-tournament-home-shirt-11/;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
- http://bundlewalla.blogspot.com/2012/12/vintage-flamengo-umbro-home-jersey-1994.html;
- www.ansichtskarten-center.de;
- http://www.londonhearts.com/;
- http://www.flamengo.com.br/;
- Majalah Arena Bola Sepak.
assalamualaikum ,
BalasPadamboleh saya dapatkan nombor untuk hubungi pihak encik yang upload gambar stadium ni ?
Salam alaik.
PadamBoleh saya tahu untuk apa?
Terima kasih...
BalasPadamGood blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
Islamic themes
Salam, boleh saya dapatkan contact. Saya berminat untuk dapatkan beberapa gambar gambar yang Encik upload
BalasPadamSalam Che Din, boleh saya menghubungi pihak encik berkenaan dgn kandungan post ini? Pihak kami berminat untuk berkolaborasi dengan encik untuk menghasilkan kandungan seperti ini untuk platform kami. Saya mewakili pihak Kompleks Sukan Shah Alam.
BalasPadam