Malaysia lawan Palestin (26hb Mac 2013).
I
Skuad
Harimau Malaya tewas 0-2, kepada Palestin pada perlawanan amal antarabangsa
di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Gol Palestin dijaringkan oleh Khaled
Salem (minit ke-39) dan Ashraf Alfawaghra (minit ke-90). Kita beraksi tanpa
beberapa pemain utama, di samping bermain di bawah kemampuan sebenar. Satu-satunya
percubaan tepat dan berbahaya dijelmakan oleh pemain veteran, Amri Yahya.
II
Penjaring
gol sulung Palestin tercedera pada bahagian lutut sewaktu cuba meraikan
jaringan ala lagenda Yugoslavia, Dragan Mance dengan meluncur menggunakan
lututnya. Beberapa laman sesawang dan rakan di Facebook memaklumkan bahawa
terdapat program yang diadakan di atas padang Stadium Darul Makmur, seterusnya
menyebabkan kualiti padang yang asalnya cantik, merosot teruk.
III
Buat
julung kalinya, tiada penyokong Malaysia yang merungut bila penyokong kita
mengibarkan bendera pasukan lawan di Kuantan. Solidariti padu buat umat
Palestin, Syria, Rohingya dan sekalian umat yang tertindas.
----------------------------------------------------
Sumber
dan pautan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan