Isnin, Mac 04, 2013

Sedikit tentang krisis di Lahad Datu.





Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang

Sebenarnya hidup di sini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus di perjalanan
-- Semangat Perjuangan Harmoni (XPDC).

Merujuk kepada tragedi pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, saya ingin memohon kepada semua sahabat untuk menghadiahkan Al-Fatihah sekudusnya buat anggota-anggota keselamatan kita yang telah gugur dalam pertempuran dengan penceroboh Sulu. Sesungguhnya, pengorbanan mereka terlalu besar. Moga saja ALLAH SWT mengangkat perjuangan anggota keselamatan kita sebagai syahid. Saya juga berharap agar isu politik kepartian negara ‘dipadamkan’ buat seketika, dan berilah tumpuan sepenuhnya agar krisis ini dapat diakhiri dengan segera.

Tatkala keluarga pejuang negara sedang bersedih dan dibelenggu kerisauan, saya pasti tindakan tuding-menuding berkenaan siapa punca dan dalang insiden ini, tidak akan banyak membantu. Kesakitan tidak akan dapat dikurangkan dengan melumur garam ke atas luka yang dialami.  Semoga banyak pengajaran yang kita dapat daripada insiden pencerobohan ini. Saya hanya mampu berdoa dengan penuh pengharapan. Julang semangat zaman. Hidup Malaysia kita.

2 ulasan:

  1. al-fatihah.. sedih bila Sabah diancam sedemikian rupa sedang kepala2 yang kononnya pemimpin sibuk menuding jari antara satu sama lain.. semoga malaysia kembali tenang dan semoga Sabah kembali aman damai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Yani. ‘Tuding-jari’ dan ’lepas-tangan’ ni memang permainan kegemaran politikus kita. Pemimpin tulen seharusnya menjaga kebajikan-keselamatan rakyat. Bukannya menjadikan setiap isu sebagai batu loncatan untuk menjatuhkan politikus lain. :)

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...