Kedah Johan Piala FA 1996
Pada tahun 1996, Liga Semi-Pro telah diganti dengan Liga Malaysia (Liga-M). Tahun 1996 menyaksikan Sarawak FA menerima tajaan daripada Bank Utama di samping menduduki tempat ke-7 Liga-M. Kedah FA pula yang menerima bimbingan jurulatih baru, Mustakeen Omar, menjadi Naib Juara Liga Perdana 1996, Juara Piala Emas Raja-Raja (menewaskan Perlis, 1-0) dan Juara Piala Agong (mengalahkan Kelantan).
Penglibatan Datuk Ahmad Basri (Allahyarham) dalam Skuad Kenari ketika itu berjaya mengangkat martabat pasukan Kedah, yang pernah jatuh ke Divisyen Dua pada 1993.
Selain berjaya memenangi Piala FA pada tahun 1996, Kedah di bawah teraju Datuk Ahmad Basri berjaya merangkul semua kejuaraan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk Piala Emas Raja-Raja, Piala Sumbangsih dan Piala Agong.
Kedah FA yang menggunakan dua pemain import iaitu Kane Mamadou dan Andre Luis Nascimento bagaimanapun gagal layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 1996, yang akhirnya dijuarai oleh Selangor FA setelah menewaskan Sabah FA menerusi sepakan penalti di Shah Alam. Pada 2001, Sarawak FA berjaya layak sekali lagi ke Perlawanan Akhir Piala FA, tetapi tewas lagi: kali ini kepada pasukan Selangor menerusi gol emas D. Surendran pada minit ke 109.
------------------------------------------------------

Sumber dan Rujukan:
- http://myfcf.blogspot.com/;
- http://www.utusan.com.my/utusan/
- www.nst.com.my/;
- Majalah Football;
- Majalah Arena Bola Sepak.