Selasa, April 08, 2014

Liga Premier 2014: Sang Kenari Tumbang di Selayang.

Liga Premier 2014: Sang Kenari Tumbang di Selayang.
7hb April 2014 (Isnin), Stadium MP Selayang: Alhamdulillah, Sahabat Kelab Jersi Kita dan Retro Bola Sepak berkesempatan menyaksikan perlawanan antara Felda United dan Kedah FA di Selayang. Apa yang menarik ialah, saya dan sahabat-sahabat lain berpeluang bersua muka dan bergambar kenangan bersama dua orang pemain import Selangor FA yang berjasa iaitu David Mitchell dan Adam Griffith.
Telah timbul sedikit kekeliruan, apabila beberapa buah akhbar tempatan menghebahkan lokasi asal perlawanan iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai lokasi perlawanan. KL Felda United FC telah mengambil keputusan untuk beraksi di stadium baru sejak Mac lepas atas faktor kemudahan dan masa perlawanan yang dibenarkan diadakan pada jam 8.45 malam.
Cabaran Kedah agak getir -- menentang Felda United di Selayang, sebuah pasukan yang penuh dengan himpunan pemain berpengalaman seperti Indra Putra, Shukor Adan, Shahrulnizam Mustapha dan ramai lagi. Dalam perlawanan tersebut, skuad Hijau Kuning dibarisi oleh: Hadi (penjaga gol); Adam Griffiths; Syazwan Zainon; Jose Franco Gomes; Shafizan; Baddrol; Billy; Khairul Helmi; Khyril; Faizal; Fariss; Saiful Amar (penjaga gol); Zuraindey; Azmizi; Syazwan Tajudin; Adam Aidil; Syafiq; dan Hanif.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 di mana perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Walaupun serangan bertubi-tubi dilakukan oleh skuad Hijau-Kuning, tiada gol dapat dihasilkan.
Biarpun memberi tentangan yang baik, namun Kedah terpaksa akur dan terus kecewa tumpas kepada Felda United. Keputusan penuh: Kedah tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah, KL Felda United FC hasil jaringan Edward Junior Wilson. Bukanlah malam yang terbaik untuk skuad Hijau-Kuning; namun hidup mesti diteruskan. Tamat pusingan pertama Liga Premier, dengan Kedah kini berada di tangga ke-5 carta kedudukan liga. Harapan kian sukar; namun perjuangan belum berakhir.
Semoga Sang Kenari (Lang Merah) bangkit semula; bersama ikhtiar dan semangat baru. Ayuh Kedah, bangunlah. Teruskan berjuang sejiwa murni. Pulun Kedah Pulun; Biar Jasa Jadi Kenangan. Bersama kita memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...