Perlawanan Akhir Liga Perdana 2005:
Selangor, 4-2, Negeri Sembilan.
Pengalaman menjadi jarak pemisah buat
Selangor dinobatkan selaku juara Piala Liga Perdana musim 2005 selepas
menewaskan Negeri Sembilan 4-2 dalam perlawanan akhir yang diheret hingga ke
masa tambahan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pemain pertahanan, D. Surendran dan
Bambang Pamungkas muncul hero, masing-masing menjaringkan satu gol bagi
membantu Selangor mendakap gelaran pertama kejuaraan Liga Perdana musim 2005.
Selangor bermula garang apabila seawal
minit pertama, Bambang Pamungkas meledakkan sepakan kencang tetapi penjaga gol
tuan rumah, Azizon Abd. Kadir tangkas menolak bola keluar. Selepas itu, benteng
pertahanan Merah Kuning tenggelam punca dengan kelincahan Adewale Abdulateef
dan Christian Bekamenga yang sering membolosi kawalan namun kecekapan penjaga
gol, Jamsari Sabian menyelamatkan Selangor.
Peluang yang dicari Negeri Sembilan untuk
memecah kebuntuan jaringan gol menjadi kenyataan pada minit ke-15. Gara-gara
kesilapan pemain pertahanan, D. Surendran mengkasari pemain tuan rumah memaksa
Ahamad Khalidi Supian dari Kedah memberikan sepakan percuma. Muhammad Anuar
yang diberi kepercayaan mengambil sepakan tersebut tidak mensia-siakan peluang
dengan sepakan lencong dari luar kotak penalti terlepas daripada tangkapan
Jamsari yang terus menerjah jaring.
Pada minit ke-53, Negeri Sembilan
mengukuhkan kedudukan apabila pemain veteran Idris Karim mudah menanduk masuk
gol kedua hasil daripada sepakan percuma menewaskan Jamsari.
Selangor yang ketinggalan 0-2 ketika baki
12 minit perlawanan hendak ditamatkan selepas dua gol awal tuan rumah
dijaringkan oleh ketua pasukan, Muhammad Anuar Jusoh (m-15) dan Idris Karim
(m-53) seakan peluang sudah tertutup rapat.
Tetapi, segalanya berubah dalam tempoh 12
minit dengan pengalaman Selangor selain semangat kental bangkit mengikat
kedudukan 2-2 menerusi jaringan Brian Fuentes (m-79) dan K. Sanbagamaran
(m-90). Terikat dengan kedudukan 2-2 memaksa perlawanan diheret ke masa
tambahan tetapi pengalaman milik Selangor jelas tidak mampu ditandingi oleh
Negeri Sembilan yang rebah menerusi dua gol pada minit ke-118 dan 119.
Kemenangan tersebut membolehkan Selangor
menerima hadiah wang tunai RM200,000 manakala Negeri Sembilan menerima
RM100,000.
Selangor berjaya merapatkan jurang pada
minit ke-79 menerusi tolakan mudah Brian Fuentes menewaskan Azizon. Pada minit
ke-90, Selangor berjaya mengikat kedudukan 2-2 apabila K. Sanbagamaran mudah
menanduk masuk daripada sepakan sudut.
- Negeri Sembilan: Azizon Abdul Kadir, Abdul Lateef Seriki, B.Rajanikandh, Idris Karim (Chik Hishamuddin Hassan), Christian Beckamengo, Anuar Jusoh, Ching Hong Aik, K. Rajan, Shahrizam Mohamed, Rezal Zambery Yahya, P. Sivananthan
- Selangor: Jamsari Sabian, Ahmad Tharmini Saiban, Nazrulerwan Makmor, Mohd Saifu Nizam Husin (Nazzab Hidzan), Elie Aiboi (Mohd Amri Yahya), Brian Fuentes, K. Sanbagamaran, D. Surendran, Bambang Pamungkas, Mohd Khalid Jamlus (Harris Safwan), Mohd Shukor Adan.
ANUGERAH LIGA MALAYSIA 2005
- Piala Malaysia: Selangor;
- Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Bambang Pamungkas;
- Piala Sultan Ahmad Shah: Perak;
- Liga Super: Perlis (RM500,000);
- Liga Perdana: Selangor (RM200,000);
- Piala FA: Selangor;
- Permainan Bersih: PKNS;
- Kasut Emas Liga Super: Zachariah Simikonda (18 gol);
- Kasut Emas Liga Perdana: Marlon Alex James (23 gol);
- Piala FAM: Kelantan (RM50,000);
- Piala Presiden: Kelantan (RM100,000);
- Pasukan yang naik ke Liga Super 2006: Selangor dan Negeri Sembilan;
- Pasukan yang naik ke Liga Premier 2006: Kelantan dan Shahzan Muda.
-----------------------------------------
Sumber:
- Akhbar Berita Harian;
- Akhbar Utusan Malaysia;
- Akhbar The Star;
- Akhbar NST;
- Majalah Football;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
- https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts;
- http://www.rsssf.com/tablesm/malay79.html#cup;
- https://www.facebook.com/king.kheiriel?ref=ts&fref=ts;
- https://www.facebook.com/hangpcdua.malaya?fref=ts.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan