Selasa, April 15, 2014

Persidangan Meja Bulat Perpaduan Belia dan Hak Asasi Manusia di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur.

Logo Majlis Belia Malaysia
(MBM).
Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Saudara Raimi Ab Rahim, Setiausaha
Agung ABIM. Juga mantan
Presiden PKPIM.
Saudara Jufitri Joha,
Naib Presiden ABIM.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas
(Undang-Undang) ABIM, Saudara
Mohd Khairul Anwar Ismail.  
Sdr. Raimi ketika sesi
pembentangan.
Dr Yusri Mohamad, mantan Presiden
ABIM dan PKPIM, yang mewakili YADIM,
turut berkongsi pandangan
dengan hadirin.
Sdr. Abu Qassim, Exco MBM, bergambar
kenangan bersama para panelis
dan peserta.
Dari kiri: Sdr. Syazwan, Sdr. Jufitri, Sdr. Haniff
dan Sdr. Anwar. Para pemimpin PKPIM dan
ABIM yang berwibawa dan berjasa.
Dato Saifuddin Abdullah (GMM), Dr.Wan Azhar (IKIM), 
Sdr. Zaidi (SUA MBM), Sdr. Yu Ren Chung (WAO), 
Sdr. Raimi dan Sdr. Anwar Ismail (ABIM).
Dato' Saifuddin Abdullah, CEO GMM.
Mantan Ahli Parlimen Temerloh dan
bekas Timbalan Presiden PKPIM.
Sdr. Anwar dan Sdr. Raimi mengadakan
sedikit perbincangan santai bersama para
tetamu, usai persidangan, sambil
menikmati hidangan.
Kami bersolat jemaah di
Surau Vivitel. Damai.
Pusat Beli-Belah dan Hotel
Vivatel, di Jalan Loke Yew.
12hb September 2012: Setiausaha Agung ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta Pengerusi Grup Peguam ABIM (GPA), Khairul Anwar Ismail telah mewakili Malaysia dalam 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila, Filipina. 
Suasana Pejabat PBB 
di Geneva.
Oktober 2013: Saudara Anwar dan 
Saudara Jufitri di Geneva, 
Switzerland.
Mac 2014: Saudara Raimi
di Geneva.
Mac 2014: Dua wakil ABIM sewaktu
di Geneva.
Mac 2014: Saudara Anwar dan Saudara Raimi 
berkesempatan bertemu cendekiawan Islam, 
Prof Dr Tariq Ramadan di Geneva.
Persidangan Meja Bulat Perpaduan Belia dan Hak Asasi Manusia di Hotel Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur, 15hb April 2014 – Alhamdulillah, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) telah menganjurkan ‘Persidangan Meja Bulat Perpaduan Belia dan Hak Asasi Manusia: Perkembangan Pasca Semakan Berkala Sejagat (UPR) Geneva’, bertempat di Ballroom 3, Aras 3A, Hotel Vivatel, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 15 April 2014 bermula jam 9 pagi dan tamat pada 1 petang.
Seramai 50 wakil yang hadir terdiri daripada ahli badan gabungan MBM, NGO dan mahasiswa. Tujuan utama persidangan meja bulat ini ialah untuk menyediakan platform kepada belia Malaysia bagi menyuarakan keprihatinan mereka dan perkongsian input-input tentang kebaikan dan kelemahan menggunapakai pusingan kedua UPR.
Selain itu, ia juga merupakan platform yang baik sebagai pendedahan kepada belia Malaysia mengenai pembangunan UPR bagi mempersiapkan mereka ke arah Komuniti ASEAN 2015 di mana ia merupakan bahagian utama agenda dalam memantapkan Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Asean yang telah dibincangkan di dalam perbincangan meja bulat Komuniti ASEAN yang lepas.
Semasa proses UPR ini, Malaysia telah memberi respons terhadap 232 syor yang dibangkitkan oleh 104 delegasi dan menyokong 150 syor terhadap beberapa isu yang sukar. Malaysia telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penambahbaikan ke atas situasi hak-hak asasi selaras dengan undang-undang negara, keutamaan dan aspirasi rakyat. 
Para panelis juga telah memberikan pengenalan mengenai UPR dan perkongsian pengalaman dari NGO-NGO yang menghadiri pusingan kedua UPR di Geneva. Ia juga turut membincangkan orientasi dan definisi intelektual mengenai konsep sebenar kebebasan dan keadilan dalam konteks budaya dan nilai di Malaysia.
Ucapan aluan persidangan meja bulat ini disampaikan oleh Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin, Timbalan Naib Presiden MBM serta menampilkan barisan panelis yang berwibawa seperti YBhg. Dato’ Saifuddin Abdullah (Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates Foundation-GMM), YBhg. Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim (Naib Presiden ABIM dan wakil ABIM ke Semakan Berkala Sejagat UPR Geneva), YBhg. Sdr. Yu Ren Chung (Women’s Aid Organization-WAO), dan YBhg. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad (Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia-IKIM).
Resolusi persidangan ini telah dibacakan oleh Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Undang-Undang) ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail, dan disokong sebulat suara oleh para peserta.
Persidangan hari ini berjaya mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang, agama, budaya, dan ideologi. Sesungguhnya, dialog tetap merupakan satu proses yang paling berkesan untuk membincangkan perkara-perkara yang sensitif dan berbeza, seterusnya mendekatkan jarak kumpulan-kumpulan yang berbeza di dalam negara bagi mencari titik pertemuan seterusnya sebarang krisis antara kaum dan agama dapat dielakkan seterusnya dapat mengekalkan keharmonian di dalam negara tercinta ini. Hidup Malaysia kita. Padu.
---------------------------------------------------
Sumber:
  1. http://belia.org.my/wp/?p=3366;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts;
  3. https://www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi?fref=ts;
  4. https://www.facebook.com/abuqassim.norazmi?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...