Logo Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
|
Sekretariat lama ABIM, 'Anjung Rahmat' di Gombak. |
Sekretariat ABIM sekarang, di Taman Cemerlang, Gombak. |
Setiausaha Agung ABIM: Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz. |
Perbincangan naskah “Jauhari Jawhar”-
jurnal ulasan buku bilangan
1 yang diterbitkan
pada Februari/Mac 2004.
|
“Jauhari Jawhar” dan Wacana
Prof.
Emeritus Dr. Abdulhamid A. Sulayman.
“Jauhari Jawhar” adalah siri telaah dan
wacana bagi mengupas dan membahas idea-idea dalam jurnal ini. Perbincangan dan
diskusi bebas kali ini akan membahas topik dalam Jawhar Jilid 1 Bilangan 1
iaitu ulasan bagi karya berikut: “Risalah untuk Kaum Muslimin”; “Karya
Klasik Melayu-Islam”; “Development as Freedom”; “Perspektif Qurani: Siri Wacana
Tematik”; dan “The Prince”. Jurnal ini boleh didapatkan dengan harga
istimewa, RM3.00 setiap naskah.
Wacana ini diikuti oleh satu lagi wacana
“Krisis Minda Muslim dan Cabaran Anak Muda Islam” (To the Muslim Youth: Crisis
in the Muslim Mind & Challenge for Muslim Youth) bersama mantan Rektor
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Dr. Abdulhamid A.
Sulayman. Datuk Dr. AbdulHamid juga merupakan cendekiawan dunia dan aktivis
Muslim serta Presiden Institut Antarabangsa Pemikiran Islam – IIIT.
Majlis ilmu yang berlangsung pada 1hb
April 2014 (Selasa) ini dijalankan di Dewan Pembangunan Belia Islam,
Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Gombak.
Sebagaimana para ilmuwan lainnya yang
kita kenali, Prof. AbdulHamid juga sangat bersemangat jitu serta bersungguh
dalam menyampaikan syarahannya. Beliau berbicara dan bertukar-tukar pandangan
bersama para aktivis muda gerakan Islam, berhujah tentang isu pemikiran dan
masalah minda kaum Muslimin, serta usaha dalam membawa perubahan yang bersepadu
dan terbaik untuk ummat.
Prof AbdulHamid, walaupun suka gelak
kuat, sambil suka menyakat orang lain, tetapi ada satu pesan beliau yang cukup
mengesankan: “Peduli dan serius dengan kehidupan kita masing-masing… Jangan
pernah putus asa… Teruskan bekerja… “Bila lagi hendak undang/jemput saya?”
Bersama menegakkan kebenaran dan
memperjuang keadilan. Kobar jiwa semangat. Padu.
--------------------------------------------
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan