Selasa, April 29, 2014

Kuliah Tafsir Maudhuiyy: Siri ke-70 - “Politik Firaun: Kezaliman Demi Survivial Kekuasaan”.



KDH dahulunya dikenali sebagai 
Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI).
Sekitar Kompleks Dar al-Hikmah.
Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Kuliah Tafsir Maudhuiyy: Siri ke-70
Dipimpin oleh: Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah/ Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Topik kuliah siri-70: “Politik Firaun: Kezaliman Demi Survivial Kekuasaan - Memahami ayat-ayat 23-32 Surah Al-Mukmin”.
26 April 2014 | Sabtu | 8.30 - 11.00 malam | Dewan Besar Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang.
Huraian Maksud ayat:
Nabi Musa ‘A.S diutus untuk menyampaikan mesej kebenaran dan keadilan kepada penguasa Mesir, Firaun dan dua orang kuatnya, Haman (politikus pengampu) dan Qarun (kapitalis kroni). Ayat-ayat surah al-Mu’min mengungkapkan pertembungan dua kekuatan: Nabi Musa A.S dengan kekuatan mukjizat, hujah dan bukti kukuh; berhadapan dengan Firaundan para pendukungnya (Haman dan Qarun) dengan kekuatan pemerintahan teror (reign of terror) - membunuh, memfitnah, mencaci-maki dan melakukan pelbagai provokasi biadab.
Firaunternyata sangat takut dengan kekuatan generasi muda pro-Musa yang terus bertambah dan akan sampai masanya mereka menjadi kekuatan politik penggugat yang mengancam survival kekuasaannya. Untuk menghindari kemungkinan yang menakutkan itu, langkah yang dirasakan paling berkesan ialah “bunuh!”. Setiap anak muda yang lelaki dan bersikap “jantan” dilihat sebagai ancaman.
Pemerintahan Firaun membiarkan wanita-wanita kaum beriman untuk terus hidup, tetapi bukan atas dasar kemanusiaan. Sebaliknya mereka mempunyai rencana lain yang tidak kurang jahat dan khianatnya iaitu untuk menghina dan mengeksploitasi mereka dengan menjadikan mereka pekerja-pekerja murah dan perempuan-perempuan penghibur. Dengan demikian, tidak hanya kekuatannya dilumpuhkan, tetapi maruah, harga diri dan kehormatannya juga dijatuhkan. Apabila itu berlaku tamatlah riwayat satu bangsa. 
Apabila sikap menyombongkan diri itu dikombinasikan dengan sikap tidak percaya dengan hari pembalasan, maka tidak ada lagi had yang membatasi keleluasaan melakukan kezaliman. Justeru, yang menyebabkan seseorang bersikap angkuh dan zalim ialah ketidak-percayaannya kepada hari perhitungan dan pembalasan Ukhrawi.
Kebohongan pertama Firaun ialah ketika mendakwa bahawa tindakanannya semata-mata demi kepentingan negara dan rakyat. Kononnya itulah pandangan ikhlasnya. Kebohongannya yang kedua ialah ketika ia mendakwa bahawa jalan yang dipilihnya itu adalah jalan yang benar, tepat dan selamat untuk diikuti oleh rakyat. Demikianlah ayat 29 menyerlahkan perilaku hipokrit yang amat menjijikkan. Orang sejahat Firaun ada ketikanya berlagak seperti orang baik-baik yang berbuat segalanya semata-mata demi rakyat dan negara. Sebuah konspirasi jahat dan curang telah dikemas begitu rupa, lalu diperagakan sebagai pakej penyelamat nasib rakyat.
Andainya Nabi Musa A.S berbohong dengan dakwaan kerasulannya, beliau sendirilah yang akan menanggung laknat kebohongannya. Tetapi jika beliau benar, apa lagi setelah beliau membuktikannya dengan memperlihatkan kepada umum bukti (mukjizat) yangdibawanya, maka risiko menzaliminya sangat buruk. TUHAN akan menimpakan azab kebinasaan, sekurang-kurangnya sebahagian daripada azab yang diancamkannya (bencana duniawi). TUHAN tidak akan menolongnya jika ia memang seorang pelampau, penjahat dan pendusta, malah TUHAN sendirilah yang akan membinasakannya, dan kalian tidak perlu bersusah payah membunuhnya. Tetapi jika beliau (Nabi Musa A.S) benar, TUHAN pasti menolongnya, sebagaimana yang terbukti dari mukjizat yang telahpun diperlihatkannya.
Dengan bersikap seolah-olah seperti “orang dalam”, orang yang telah beriman itu membayangkan suatu senario buruk masa depan pemerintahan Firaun. Beliau mengingatkan Firaun dan pendukung-pendukungnya yang disebut sebagai ‘ya qawmi’ (wahai kaumku) itu agar jangan bongkak dengan kekuasaan. Memang sekarang kamu memegang kuasa pemerintahan yang membolehkan kamu bertindak leluasa di bumi, kamu memiliki segala jentera kerajaan dan menguasai semua media propaganda, kamu boleh berbuat apa sahaja untuk menindas dan mendera Bani Isra’il; tetapi ingat! Apabila ALLAH SWT menimpakan bencana (ba’si ‘Llah), tidak akan ada yang dapat menyelamatkan kamu, termasuk kekuasaan yang sekarang di tangan kamu.
Segala kekuatan - tentera, polis, mahkamah, media, pesihir dan bomoh - yang selama ini kamu boleh kerahkan untuk melaksanakan kemahuan kamu, ketika itu tidak akan mampu berbuat apa-apa. Kekuasaan sebagai amanah seharusnya tidak disalahgunakan untuk bertindak sewenang-wenang!. Orang (beriman) ini menggunakan kata ‘faman yansuruna’ (maka siapa yang akan menolong kita) dan kata in ja’ana (jika datang menimpa kita). Kata “kita” dipakainya untuk memberikan kesan seolah-olah beliau adalah bahagian daripada mereka, yang sama-sama prihatin terhadap untung nasib kerajaan Firaun.
ALLAH SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Ertinya, ALLAH SWT tidak membinasakan sesuatu kaum tanpa sebab dan justifikasi yang sah. Mereka yang telah dibinasakan itu, semuanya adalah kaum yang melakukan kejahatan besar - menolak rasul, mendustakannya, mengingkarinya dan menyakitinya.
“…sesungguhnya aku berlindung kepada TUHAN-ku dan TUHAN-mu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman dengan hari perhitungan” - ayat 27. Yang diminta oleh Nabi Musa A.S adalah perlindungan ALLAH SWT, bukan hanya dari kezaliman Firaun semata-mata, tetapi dari kezaliman semua orang yang angkuh dan bongkak dengan kekuasaannya (…min kulli mutakabbir…).
Ini bererti bahawa penguasa mutakabbir yang angkuh dan leluasa melakukan kezaliman bukan hanya Firaun seorang, tetapi ramai lagi yang sebulu dengannya, bezanya hanya lokasi dan zamannya, juga gred atau besar kecilnya.
Dan (Musa) berkata, “Sesungguhnya aku berlindung kepada TUHAN-ku dan TUHAN-mu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari perhitungan.” Al-Mukmin: 27. 
Ayat 30 dan 31 mencatatkan usahanya yang terterusan dengan meminta Firaunbelajar dari sejarah. ALLAH SWT SWT tidak membinasakan sesuatu kaum tanpa sebab dan justifikasi yang sah. Mereka yang telah dibinasakan itu, semuanya adalah kaum yang melakukan kejahatan besar - menolak Rasul, mendustakannya, mengingkarinya dan menyakitinya.
-----------------------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/cikguainaa?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/amidimanan?fref=ts;
  3. https://www.facebook.com/ahmad.b.mustapha?fref=ts;
  4. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...