Isnin, April 07, 2014

Nostalgia Gandingan Abbas Saad dan Alistair Edwards di Padang SUK, Shah Alam.


Trio lagenda import Johor FA yang 
menerima pingat daripada Almarhum 
DYMM Sultan Johor.
Antara lagenda Johor FA paling dikenang:
Alistair Edwards, Ervin Boban, Abbas Saad, Khalid Shahdan,
Annuar Abu Bakar dan Nasir Yusof.
Trio import Johor FA yang sukar 
dikawal pihak lawan: Abbas Saad, Ervin 
Boban dan Alistair Edwards.
Ketumbukan armada 
Johor yang digeruni.
Skuad Johor 1991.
Abbas dan Alistair sewaktu
mewakili Singapura.
Alistair sewaktu menyarung
jersi Selangor FA.





Nostalgia Gandingan Abbas Saad dan Alistair Edwards di Padang SUK, Shah Alam.
Alhamdulillah, Jumaat lepas (4hb April 2014) pada jam lebih kurang 9 malam, telah berlangsung perlawanan persahabatan di antara skuad Bekas Pemain Selangor (Merah) menentang skuad Bekas Pemain Selangor (Kuning) di Padang SUK, Shah Alam. Antara yang hadir dan membuat penampilan istimewa ialah Y.A.M Tengku Shakirinal Amin Shah (Tengku Panglima DiRaja Selangor) sekeluarga; Scott OllerenshawAbbas SaadAlistair Edwards dan kugiran ANGELIKA.
Sementelahan, antara bekas pemain yang beraksi pada malam tersebut ialah:   Jamsari Sabian; Kamarulzaman Yusof; Azlan Ahmad; Karim Pin; Jaafar Salleh; Aiman Firdaus; Aiman Wong; A. Jayakhantan; M. Chandran; Yogeswaran; Azrin Shah Zainal; Malek Rahman; Shahril ArsatTalib Sulaiman; Nazzab Hidzan; Asmawi BakiriNidzam JamilZami Mohd Noor; dan KhalidJamlus.
Semoga lebih ramai bekas pemain akan menubuhkan persatuan; supaya mereka boleh keluar semula untuk meyumbang dan menaikkan lagi taraf bola sepak negeri dan juga negara. Setiap bekas pemain mempunyai kelebihan serta pengikut tersendiri. Rugi sekiranya ilmu serta pengalaman yang dimiliki tidak dikongsi dan disumbangkan untuk kebaikan bersama.
Terima kasih buat semua pemain yang pernah mewarnai liga Malaysia; atas segala jasa dan sumbangan kepada bola sepak tanah air. Apa yang pasti, Kelab Jersi Kita dan Retro Bola Sepak akan tetap setia menyokong bola sepak tempatan. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...