Logo
|
Logo Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
|
Puan Baroness Sayeeda Warsi,
Menteri Negara untuk Agama dan
Masyarakat, United Kingdom.
|
Logo FGIS. |
Logo GMM. |
Datuk Saifuddin mengiringi Puan Sayeeda ke bilik persidangan. |
TS Joseph Kurup dan TS Razali Ismail. |
Dari kiri: Datuk Saifuddin, Puan Sayeeda dan TS Joseph Kurup. |
Wakil ABIM dan PKPIM dalam Dialog Bersama
Puan Baroness Sayeeda Warsi.
Untuk seorang manusia berkenalan dan
seterusnya bekerjasama di antara satu sama lain, mereka memerlukan beberapa
perkara yang boleh dikongsi bersama untuk menghasilkan persefahaman. Maka di
sinilah, dialog antara agama (Interfaith Dialogue) mengambil tempat. Dialog
antara agama bertujuan untuk menerokai beberapa persamaan yang ada di antara
agama (tetapi bukan untuk menyamaratakan semua agama). Dan persamaan itu banyak
ditemui pada peringkat etika dan nilai.
Mengambil semangat ini, satu program
dialog bersama Puan Baroness Sayeeda Warsi, Menteri Negara untuk Agama dan
Masyarakat, United Kingdom (UK Minister of State for Faith and Communities).
Beliau merupakan Muslim pertama dilantik dalam Kabinet UK. Berdarah Pakistan,
beliau juga merupakan seorang peguam dan ahli perniagaan. Beliau juga antara
yang bertanggungjawab di sebalik pengumuman Perdana Menteri UK, David Cameron
di mana UK akan melaksanakan ‘sukuk’ (Islamic bond), menjadikan UK negara Barat
pertama melaksanakannya.
Sukuk merupakan nama
pada sebuah sijil kewangan dan dapat dilihat sama dengan
surat hutang Islam. Namun demikian, ‘fixed
income’, surat hutang berunsur kepada bunga/faedah adalah tidak
diperbolehkan dalam Islam kerana mempunyai unsur riba. Sukuk
adalah surat berharga yang sesuai dengan Shariah Islam
dan prinsip-prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba.
Sukuk telah berkembang
menjadi antara kaedah pembiayaan pelaburan yang berasaskan
prinsip-prinsip Shariah dalam era ini. Permintaan
kepada sukuk telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana
ianya menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko rendah,
pendapatan tetap serta berlandaskan prinsip Shariah. Untuk rekod, Malaysia
merupakan peneraju dalam pasaran global sukuk dengan lebih 60 peratus
penyenaraian dibuat di Malaysia, sekali gus menjadikannya penerbit terbesar.
Dihoskan oleh Datuk Saifuddin Abdullah (Ketua
Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global atau ‘Global Movement of Moderates
Foundation’-GMM), program ini turut disertai oleh Tan Sri Joseph Kurup
(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen BN-Pensiangan); YB Dr Mujahid Rawa (Ahli Parlimen PAS-Parit Buntar); Angkatan
Belia IslamMalaysia (ABIM) serta para pimpinan Pertubuhan Persahabatan
Khidmat Antara Agama atau ‘Friendship Group of Interfaith Services’ (FGIS).
ABIM merupakan anggota FGIS yang telah
diasaskan sekitar 12 tahun yang lalu dan telah menganjurkan banyak program
bersama pelbagai agama bagi mengeratkan hubungan dan menyemai perpaduan dalam
kalangan rakyat di Malaysia.
Selain ABIM, kumpulan itu turut
dianggotai oleh beberapa pimpinan Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO tempatan,
antaranya Penasihat FGIS, Datuk J. Jegathesan; Presiden Majlis Pusat Sathya Sai
Baba Malaysia, Profesor Dr Suresh Govind; Naib Presiden Majlis Pusat Sathya Sai
Baba Malaysia, Billy Fong; Presiden Majlis Gereja Malaysia, Cor Episcopa Philip
Thomas dan Naib Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, V.Harcharan Singh.
Tan Sri Joseph Kurup, ketika dialog tersebut, memulakan ucapan
dengan mengulas berkenaan masalah perpaduan, penggunaan kalimah ALLAH, isu
pertukaran agama, perlaksanaan hukuman Hudud serta isu-isu berkaitan agama.
Dato' Jegathesan Jegasothy berkongsi pandangan. |
TS Razali Ismail menyampaikan
cenderahati kepada TS Joseph Kurup. |
| ||
Dari kiri: Saudara Ahmad Fahmi (Penolong Setiausaha Agung ABIM) dan Saudara Jufitri Joha (Naib Presiden ABIM) mengadakan perbincangan bersama Datuk Saifuddin, Puan Sayeeda dan YB Dr Mujahid Rawa. |
Naskah
‘Engaging Christianity’
(2013) nukilan Dr Mujahid.
|
Kata
pengantar buku ini ditulis oleh Datuk
Bentara Setia Ustaz Nik Abdul
Aziz Bin
Nik Mat.
|
Dengan tema ‘memperkasakan dialog antara
agama untuk masyarakat yang lebih baik’ (strengthening interfaith dialogue for
a better society), Puan Sayeeda menyuarakan kesediaan UK untuk bekerjasama
dengan Malaysia dalam memberdayakan perpaduan dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum. Menurut beliau, kunci untuk mencapai dan memelihara perpaduan
adalah dengan berjuang untuk mencari nilai-nilai yang mampu menyatu-padukan
rakyat secara konsisten.
Puan Sayeeda Warsi turut terlibat dalam
kempen Kerajaan UK dalam menentang perkahwinan paksa serta perkahwinan yang
membabitkan kanak-kanak. Bercakap berkenaan isu kebebasan beragama di UK,
beliau menyatakan bahawa UK telah dan sedang berjuang menentang jenayah
kebencian (hate crime) sejak 30 tahun yang lepas.
UK mempunyai sejarah usaha serta
kerjasama gigih dalam mentaukan rakyat berbilang kaum, khususnya yang
melibatkan imigran atau pendatang asing. Penerimaan masyarakat tempatan
terhadap pendatang semakin baik, tetapi bergantung juga kepada tahap pendidikan
mereka. Orang tempatan agak fleksibel kerana kepentingan penduduk asal UK tidak
diganggu gugat oleh komuniti Muslim.
Senario di UK sangat berbeza dengan
Malaysia kerana mereka tidak berkongsi kuasa politik, namun undi komuniti
Muslim sangat penting dan suara mereka didengar. Masyarakat Muslim
Pakistan diberi kebebasan berniaga dan mendirikan tempat ibadat mengikut garis
panduan yang sedia ada.
Selain itu, program agama berlangsung
dengan pesat, hinggakan program dakwah berlaku di tepi-tepi jalan, namun
penerimaan masih bercampur-baur. Hab Halal masih belum menjadi kenyataan,
tetapi produk-produk halal mudah diperoleh dengan masyarakat Pakistan menguasai
sepenuhnya kawalan produk halal di sana.
Dr Mujahid pula secara tegas menyeru agar
gerakan kesederhanaan yang sewajarnya diangkat, dan bukannya golongan fanatik atau
ekstremis. Hal ini, menurut beliau, selari dengan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan
Persekutuan berkenaan kebebasan beragama. Secara sinikal, beliau menyebut
bahawa tanggungjawab yang lebih sukar dan besar ialah untuk mendidik ahli
politik (berkenaan hal-hal keagamaan) berbanding menyedarkan masyarakat
terbanyak.
Semoga lebih banyak lagi dialog seperti
ini diadakan, dengan matlamat besar, untuk mencari titik kesefahaman, supaya kita
lebih saling kenal-mengenal dan menghormati antara satu sama lain. Amin dan in
sya ALLAH. Hidup Malaysia kita. Padu.
--------------------------------------------
Sumber:
- http://www.theborneopost.com/2014/04/22/uk-wants-to-help-malaysia-strengthen-racial-unity/;
- http://tajdidsebenar.blogspot.com/2008/01/memahami-dialog-antara-agama-interfaith.html;
- http://jalancempaka.blogspot.com/2010/12/apa-itu-sukuk.html.
- https://www.facebook.com/saifuddin61?fref=ts;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2014/03/abim-anjur-program-kunjungan-mahabbah.html;
- https://www.facebook.com/pages/FGIS-Friendship-Group/372680332768022?fref=ts.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan