Kobar jiwa semangat. |
2003: Piala Asia Liga Perdana FA di Malaysia yang turut disertai Newcastle FC, mencatat sejarah manis buat Hai-O apabila berjaya menjaringkan gol sewaktu menentang Chelsea FC. |
Daudsu yang beraksi cemerlang bersama Johor FC dan Kelantan FA, kali terakhir beraksi bersama Malaysia pada 2011, sewaktu menentang Chelsea FC bersama Piya. |
Semoga Harimau Malaya bangkit semula. |
Haruskah aku kalah lagi, setelah kalah dan kalah?
Mestikah aku jatuh lagi, setelah jatuh dan jatuh?
Atau harus aku gali kubur kita berdua
dan kutancapkan tonggak kayu atas kemenanganku?
Keputusannya ada pada sikapmu dan suasana di batinku.
-- “Sajak Pendek Bagi I.R.” (Ebiet G. Ade).
Lirik yang menyentuh dan membekas karya Ebiet G. Ade ini begitu dekat dengan jiwa saya, usai menonton perlawanan membabitkan skuad senior kebangsaan, seputar Piala Asia AFC 2007. Gelanggang sebesar Stadium Bukit Jalil ketika itu hanya diisi oleh segelintir penyokong bola sepak Malaysia, yang tegar memberi sokongan dan dahagakan kejayaan. Dalam perlawanan menentang Uzbekistan itu, Malaysia tewas 0-5, selepas tewas 1-5 kepada Republik Rakyat China dalam perlawanan pembukaan sebelumnya. Ketika itu, hampir tiada siapa yang memberikan harapan kepada skuad senior negara untuk mencapai kejayaan. Kendatipun, semua ini mula berubah bilamana skuad Bawah-23 Tahun Malaysia memenangi Pestabola Merdeka 2007, dan seterusnya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos dan Piala Suzuki AFF 2010.
Rentetan daripada kemenangan tiga kejohanan ini, ramai mula membuka mata dan menghadirkan diri ke stadium. Masing-masing memuji prestasi pemain negara dan tidak kurang memasang tekanan, bahawa skuad negara (yang kemudiannya terkenal dengan gelaran ‘Harimau Malaya’) akan kembali menjadi jaguh Asia dan seterusnya layak ke Piala Dunia 2014 di Rio de Janeiro, Brazil. Namun, kita gagal layak ke Piala Dunia 2014, selepas tewas kepada skuad naturalisasi Singapura dengan agregat 4-6. Seharusnya, jurulatih telah merombak skuad selepas kegagalan tersebut. Malangnya, majoriti pemain yang gagal mengekalkan prestasi, masih dikekalkan sehinggalah malam kelmarin.

Kelmarin, 25hb November 2012, lagu “Sajak Pendek Bagi I.R” kembali terngiang-ngiang di gegendang telinga saya. Saya tidak marah Malaysia kalah: kita pernah diaibkan oleh Laos sewaktu Sukan SEA 1997 di Jakarta. Cuma, kekalahan kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012 ini membuatkan saya rasa terganggu. Terganggu dengan rentetan persembahan hambar skuad Harimau Malaya sepanjang siri perlawanan persahabatan, yang didakwa oleh Datuk Rajagobal sebagai perlawanan eksperimen bagi memilih kesebelasan utama negara. Eksperimen tersebut tidak jelas hala tujunya, tatakala terdapat ramai lagi pemain yang beraksi cemerlang dan berpotensi dalam Liga Super 2012 dan Piala Malaysia 2012 yang tidak diserapkan ke dalam skuad Harimau Malaya. Terdapat beberapa bekas pemain utama negara yang bergelut dengan prestasi atau kecederaan seperti Asraruddin Putra, Fandi Othman, Muslim Ahmad dan Amirulhadi.
Namun, selain pemain skuad Harimau Muda yang bermain cemerlang dalam Liga Singapura, kita masih mempunyai Piya (Badri Radzi), Zairo Anuar Zailani, Indra Putra Mahyuddin, Awe (Nurul Azwan Roya), Nor Farhan Mohammad, Daudsu Jamaluddin (Kelantan FA); Amri Yahyah, Afiq Azmi (Selangor FA); Ashaari Samsudin (Terengganu FA); Hairudin Omar (ATM FC); dan Nazmi Faiz (SC Beira-Mar); sekadar menyebut beberapa nama. Datuk Rajagobal seharusnya mencontohi pendekatan jurulatih hoki Malaysia, Paul Revington. Pemilihan pemain dibuat berdasarkan prestasi semasa dalam liga.

Sementelahan, skuad negara harus melupakan taktik hantaran jauh dan bola tinggi. Taktik ini pernah digunakan sewaktu Hai-O dan Akhmal Rizal Rakhli bergandingan di barisan hadapan skuad kebangsaan, dan berhasil untuk seketika. Namun, situasi semasa juga menunjukkan peri pentingnya bahagian tengah pasukan negara diperbaiki. Kelemahan bahagian tengah dapat dilihat dengan jelas sepanjang siri persahabatan skuad negara dengan pasukan seperti Hong Kong dan Bangladesh. Kekurangan persefahaman, komunikasi dan kerjasama dapat dilihat sewaktu perlawanan menentang Singapura, meski para penyokong – khususnya Ultras Malaya – tidak putus-putus memberikan sorakan semangat buat skuad negara.
Aksi longgar inilah yang menyebabkan ramai peminat beransur keluar dari stadium, meski perlawanan masih berlangsung. Pemain seperti Wan Zack dan Mahalli Jasuli sudah seharusnya disenaraikan sejak awal babak permainan menentang Singapura. Penyokong ada yang datang satu keluarga, sejauh Sabah, Sarawak, Johor Bahru dan Perlis, membayar RM30 untuk sekeping tiket. Tidak sedikit yang menuntut jurulatih skuad negara meletakkan jawatan dek kekecewaan rasa. Lantas, kotak memori saya kembali bergelintar segenap kenangan Piala Asia AFC 2007. Akhir kata, semoga skuad Harimau Malaya ‘tidak kalah lagi, setelah kalah dan kalah’. Ayuh, bangkitlah semua, untuk negara. Sokong usah bermusim. Sokong: waktu gagah dan rebah. Selamanya Harimau Malaya.

************************************************
Sumber dan rujukan:
- http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/7/26/sports/5930581&sec=sports;
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm;
- http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/07/daudsu-ketepi-rasa-gementar.html;
- http://mshahreza.blogspot.com/2008/08/post-chelsea-samsung-asia-tour-friendly.html;
- http://www.inpho.ie/media/mX7v9oalMBzm3dP91AmXvA..a
- http://www.facebook.com/AstroArenaSaluran801
- http://www.wanfakhrul.com/2011/07/pilihan-malaysia-0-chelsea-1.html
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Harimaulembik_/Article/;
- http://sports.mylaunchpad.com.my/senarai-artikel/artikel/newsid/268644/pincang;
- http://ligabolasepakmalaysia.blogspot.com/;
- http://www.themalaysianinsider.com/sports/article/singapore-trounce-malaysia-3-0-in-aff-suzuki-cup-group-b-match/.