Isnin, Julai 27, 2015

TENTANG MARUAH DAN KERINGAT.


TENTANG MARUAH DAN KERINGAT.
Kita tak marah kalau rakyat Malaysia nak sokong kelab luar. Baik BPL, baik La Liga, baik Serie A, baik Bundesliga, baik liga mana pun.
Kita tak pertikai kalau rakyat Malaysia nak hadiri perlawanan persahabatan dengan kelab luar kesayangan di tanah air sendiri. 
Nak pakai jersi liga luar pun, hak masing-masing.
Tapi, kita sangat kecewa, kerana FAM gagal merancang secara rapi jadual liga kita; sehingga merosakkan percaturan serta perancangan pengurusan, pemain serta peminat tempatan.
Kita berasa sedikit tertarik kerana akhirnya FAM menyenaraikan pemain import dalam menerima kunjungan kelab luar. Cadangan atau syor membariskan pemain terbaik Liga-M – antara lain untuk mempromosikan liga tempatan kita – secara tidak langsung; dipakai ketika menentang Spurs dan The Kops. 
Malangnya, kenapa perlu sampai mengganggu jadual perlawanan liga dan skuad kebangsaan?
Sudahlah beraksi di bulan Ramadhan, jadual perlawanan mendatang tahun ini nampaknya menjadi terlalu padat.
Pokoknya, ialah perancangan rapi serta keputusan tegas -- demi memartabatkan liga serta bola sepak kita. Bukan sebaliknya.
Padu dan Grande; buat penyokong bola sepak sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...