Isnin, Julai 27, 2015

Retro: B-20 Malaysia lawan PKNS FC, 2005.

Retro: B-20 Malaysia lawan PKNS FC, 2005.
Perlawanan persahabatan antara skuad Bawah 20 Tahun Malaysia menentang PKNS FC pada tahun 2005.
Antara anggota lain pasukan ini ialah Bunyamin Omar, Sabree Abu, Amani Tabrani, Shafiq Jamal, Farderin Kadir dan lain-lain.
Skuad ini layak ke Piala Asia Bawah-20 tahun di India; Pusingan ke-2 Sukan Asia; Juara Sukan Sea 2009; Juara AFF 2010; hampir-hampir layak ke Piala Asia secara merit; menduduki ranking ke-10 terbaik Asia; berjaya mengalahkan pasukan simpanan (campuran akademi) Manchester United 3-1; serta menunjukkan aksi membanggakan ketika dijemput dalam satu kejohanan Bawah-20 di Brazil; adalah rekod pencapaian yang dibuat oleh Dato’ K. Rajagobal.
Sewaktu Piala Asia Bawah-20 di India, jentera serangan utama tercedera: Zaquan, Farderin dan Khyril yang diganti Manaf Mamat merencatkan prestasi pasukan untuk mempamerkan aksi terbaik.
Pemain Bawah-20 yang paling awal dipanggil menyertai Harimau Malaya dalam Piala AFF Suzuki 2006/07 adalah Safiq Rahim dan Khyril Muhymeen. Pengalaman buruk buat Khyril apabila sepakan penaltinya tak masuk, lalu Singapura mara ke final untuk bertemu Thailand.
Safiq Rahim, Zaquan Adha, Aidil Zafuan dan Amar Rohidan adalah antara anggota pasukan ini yang kemudiannya mengharumkan nama negara ketika Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010.
Ramai pihak memberikan harapan setiap kali melihat anak-anak buah K. Rajagobal (kini Dato’) dan Tan Cheng Hoe yang bermain dengan penuh bersemangat.
Semuanya tinggal kenangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...