Isnin, Julai 27, 2015

Piala Sultan Selangor 2005.

Piala Sultan Selangor 2005.
Selangor menjuarai edisi 2005 yang dianjurkan di Stadium Shah Alam. Bambang pamungkas, Elie Aiboy, Brian Fuentes, Amri Yahyah, Jamsari Sabian, Shukor Adan serta rakan-rakan menang 3-1 ke atas Singapura.
Skuad Veteran Selangor pula tewas 2-1 kepada Veteran Singapura yang dianggotai Fandi Ahmad, Malek Awab dan rakan-rakan.
2005 merupakan tahun gemilang Merah Kuning, apabila barisan bintangnya memenangi juara Liga Perdana, Juara Piala FA serta Piala Malaysia. Tahun-tahun berikutnya, skuad Kedah pula bangkit bersama memori indah Double Treble.
Mohd Noor Derus berjaya melepaskan satu sepakan percuma yang kencang dan padu; sehingga Lionel Lewis (Pemain Paling Bernilai - MVP Piala AFF) masa itu pun tidak mampu menyelamatkan percubaan beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...