Rabu, Julai 01, 2015

Akmal Rizal, kenangan Piala Nike 1996 dan kejayaan skuad NFDP-PPBN.



Di kedai buku, ternampak muka depan buku teks Pendidikan Jasmani Tingkatan 1. Ada gambar Akmal Rizal Rakhli, penyerang yang digambarkan sebagai mempunyai ciri-ciri ketajaman penyudah SuperMokh dan Man Turn (Azman Adnan).
Saya paling tak boleh lupa Akmal menjaringkan gol secara ‘on the run’ semasa lawan Singapura.
Akmal, yang mesra dengan gelaran ‘Dikman’, merupakan anggota skuad remaja Piala Nike 1996 yang sangat cemerlang, apabila mengungguli Kejohanan Peringkat Asia Pasifik tersebut.
Terkenang skuad remaja negara yang kini mempamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan yang melibatkan pasukan kelab remaja daripada akademi bola sepak tersohor.
Semoga skuad Bawah 13 PPBSN terus cemerlang, dan tidak hanyut dengan pujian serta tekanan. Peminat menaruh harapan tinggi, sebab skuad senior dan Harimau Muda nampak sangat merosot, sedangkan ada yang beraksi dalam Liga-M dengan pendapatan yang sangat tinggi.
Kita doakan yang baik-baik saja. Semoga terus cemerlang, dalam kejohanan antara negara pula, in sya ALLAH. Perjalanan masih jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...