Isnin, Julai 27, 2015

Liga Perdana 1997 jadi milik Sarawak FA.


Liga Perdana 1997 jadi milik Sarawak FA.
Skuad Bujang Senang memang terkenal dengan kisah kontroversi jurilatih prolifik Awang Mahyan, kepantasan Afendi Julaihi serta kelicikan Ramos dan Ramles bersaudara.
Tahun 1997 menyaksikan Sarawak diperkuatkan dengan ramai anak jati negeri serta pemain import yang berkualiti.
David Evans, Billy Bone dan kemunculan bekas penyerang Australia, Millwall, Selangor serta Singapura -- Alistair Edwards berjaya menyuntik iltizam baru ke dalam skuad tersebut.
Sarawak berjaya menguasai Liga Perdana 1997 menerusi formula Alan Vest dan Lucas Kallang, manakala Mazlan Wahid kebal menjaga gawang.
Jalil Rambeli, Zaidil Sakup, Ahmad Fairuz, Nazri Yunos, Shamsurin Abdul Rahman, Dahlan Matusin, Ali Sapiee, dan rakan-rakan beraksi sepenuh hati untuk penyokong setia Bujang Senang.
Alan Vest melakukan transformasi buat bola sepak Sarawak apabila membawa masuk dua ‘centreback’ kental: Jeff Currans dan Davids Evans, ‘targetman’ John Hunter,
1992 membawa masuk Mazlan Wahid bersama trofi pertama -- Juara Piala FA 1992, 1993 membawa masuk Ong Kim Swee utk memantapkan ‘midfield’ Sarawak dan Samsurin Abdulrahman bergandingan dengan John Hunter.
Vest banyak membentuk Sarawak melalui tenaga tempatan seperti Ali Sapiee, Jalil Ramli, Zaidel Zakup, Dahlan Matusin, Bobby Pian, Affendi Julaihi, tetapi beliau cuma kurang berjaya dalam membantu Sarawak menjulang Piala Malaysia.
Sarawak hanya disahkan juara liga selepas Sabah sekadar mampu seri 1-1 dengan Kuala Lumpur di Likas. Sabah selesa mendahului kedudukan liga ketika itu dan hampir muncul pasukan pertama juara liga berturut-turut; tetapi tiba-tiba Sabah hilang momentum: hanya memungut pungut 1 mata dari 4 perlawanan terakhir. Akhirnya, Sabah terpaksa menyerahkan takhta liga kepada Sarawak.
Walaubagaimanapun, ketika pengesahan kemenangan liga untuk Sarawak di Stadium Shah Alam selepas perlawanan menentang Selangor, mereka terpaksa meraikan kejayaan tersebut dengan trofi daripada kadbod sahaja, di mana piala sebenar hanya diserah selepas beberapa ketika.
Pasukan tersebut diraikan dengan cukup meriah dan bersyukur oleh para penyokong setia mereka, sesampainya mereka di Bumi Kenyalang.

Ngap Sayot! Encang Sarawak Encang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...