Rabu, Julai 01, 2015

2015: ‘Brothers’ kembali dengan ‘Sabar’.


Almarhum Ustaz Zahidin (atau lebih mesra 
dengan nama ‘Abah’) bersama Brothers sewaktu 
awal kemunculan mereka. Abah merupakan 
pencipta lagu 'Teman Sejati'.
Yassin Sulaiman, pada awal 
kemunculannya, mengetuai kumpulan 
nasyid Mirwana, SMKA Maahad 
Hamidiah, Kajang.

Akbar dan kumpulan 
Adams.
Akbar bergambar kenangan 
bersama Adams.

2015: ‘Brothers’ kembali dengan ‘Sabar’.
Siapa boleh lupa dengan lagu ‘Teman Sejati’ yang telah dimuatkan di dalam album ‘Brothers’ berjudul “We Are...”, terbitan dan edaran Ambang Klasik Sdn Bhd. Brothers merupakan antara kumpulan nasyid terawal yang muncul selepas pengharaman jemaah Darul Arqam. Sebelum bergerak atas nama Brothers, mereka dikenali sebagai ‘Mirwana’ (kumpulan nasyid SMKA Maahad Hamidiah, Kajang).
Ketika vokalis utama Brothers, Yassin Sulaiman, bertindak keluar dari kumpulan ini untuk bergerak secara solo, tempat beliau digantikan dengan Akbar Azmi, bekas anggota ‘Adams’. Akbar tampil bersama Brothers menerusi dua album, ‘Untukmu Teman’ dan ‘Brothers’.
Penampilannya dalam Brothers menyaksikan Akbar bergiat aktif menjayakan persembahan berprestij seperti ‘Konsert Nur’ pada Oktober 2004 dan ‘Konsert Kasih’ pada Januari 2005. Akbar kemudiannya tampil dengan album solo.
2015 ini, Brothers kembali bersatu bersama ‘line up’ asalnya, kali ini dengan album ‘Sabar’. Berikut merupakan album Brothers yang pernah diterbitkan: Mutiara (1991); Show Me The Way (1992); Sure You Can (1993); Generations (1994); Cry For Freedom (1995); Titisan Nasuha (1996); Brothers We Are (1997); Satu Perjuangan (1999); Kompilasi (2000); Untukmu Teman (2002); Brothers Reunited (2005); dan Sabar (2015). 

Sumber dan pautan:
  1. http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/36-entertaiment/213-pencipta-lagu-teman-sejati-brothers-untuk-biayai-pembedahan-by-pass-segera;
  2. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CAK_Akbarbersaraselamanya/Article/artikelMA;
  3. http://members.tripod.com/~The_Servant/id31.htm;
  4. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm;
  5. http://www.facebook.com/zahidinm/photos; dan
  6. http://muzikdakwah.blogspot.com/2010/03/brothers.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...