Khamis, Julai 02, 2015

SELANGKAH KE ALAM WHATSAPP.

SELANGKAH KE ALAM WHATSAPP.
Berhati2 pada sapa yg suka aktiviti masuk hutan di kepulauan Indonesia dan kini Di Rompin dan peringatan buat diri ini yg kalau lupa.. Ade 1 jenis Cicak mcm dinosaur. Namenye kalau x silap "Komodo Dragon". Binatang yg berbahaya dan berbisa. Ia boleh berenang, lari 40km/jam dan juga suke memanjat dan merayap di sepohon kayu daunnya rimbun. Lebat bunganya serta buahnya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya…”
Dua tiga hari ni, penuh ‘notifications’ di telefon genggam dengan mesej-mesej seperti di atas. Awal cerita mungkin berbeza, tapi akhirannya sama. Layankan jugalah, walau saya hanya ketawa ketika kali pertama membacanya dulu.

Selain daripada lawak ‘Sepohon kayu daunnya rimbun’ tersebut yang bergentayangan ke seantero alam whatsapp, saya terkesan dengan pesanan ini:
Kamu tahu apa yang paling menakutkan ketika bulan Ramadhan? Saat kamu sedar yang hakikat kejahatan datang daripada diri kamu, bukan daripada syaitan.”
Terasa sampai ke tulang sumsum. Nauzubillahi min zalik.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...