Isnin, Julai 27, 2015

Pulau Pinang ungguli Piala FA 2002.


Pulau Pinang ungguli Piala FA 2002.
Skuad Harimau Kumbang menghancurkan harapan pasukan Seladang apabila menjuarai trofi Piala FA di Stadium Bukit Jalil.
60,000 orang penonton membanjiri Bukit Jalil tatkala 20,000 daripadanya merupakan penyokong Pulau Pinang.
Skuad Yob terpaksa beraksi dengan 10 orang apabila V. Saravanan dilayangkan kad merah -- selepas mengasari Aziz Ismail.
Pada minit ke-56, S. Sutesh Nair pula dilayangkan kad kuning kedua; menyebabkan kedua-dua pasukan beraksi dengan kekurangan seorang anggota.
Penjaga gol yang dikritik hebat selepas Final Sukan SEA 2001, Kamarulzaman Hassan membuktikan bahawa beliau mampu beraksi dengan baik apabila berjaya mengekang asakan bertubi-tubi jentera serangan Seladang.
Tiba minit ke-66, Gustavo Romero menyempurnakan hantaran cantik Ng Kok Heng untuk gol kemenangan Harimau Kumbang.
Malam epik itu, Piala FA mengimbau era indah Ali, Isa Bakar, Merzagua Abderrazak dan Azman Adnan yang pernah mewarnai sejarah panjang bola sepak Pulau Mutiara.
Haria Penang Haria!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...