Isnin, Julai 27, 2015

Kedah Julang Piala Malaysia 1990.


Kedah Julang Piala Malaysia 1990.
Kedah 3-1 Singapura. Akhirnya, Kedah berjaya menjuarai Piala Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah, selepas tewas 3 final berturut-turut dengan Kuala Lumpur. V. Sundramoorthy, import Kedah asal Singapura adalah antara hero Kedah pada malam itu.
Zaman kebangkitan Kedah dengan deretan pemain muda seperti Farouk dan Feridza Ismail, Khamal Idris Ali, Thanasegar dan Thean Ewe.
Ketika itu, ramai anak Kedah yang suka menggunakan jalan lama berbanding lebuh raya untuk melalui jalan utama dari Sungai Petani ke Gurun; kerana pemandangan yang indah serta adanya lukisan trofi Piala Malaysia yang tertera ayat Juara 1990 di Restoran Nasi Kandar Naina Mohd di Bedong.
Skuad Kenari turut mencipta sejarah mara ke perlawanan final Piala Malaysia sebanyak 6 kali dalam masa 7 tahun (1987-1993).
Pulun Kedah Pulun.


2 ulasan:

  1. Boss gmbaq yg penyokong bakar flare tu real atau edit boss ?menarik gmbaq tu and rare utk zaman tu .maaf boss sekadar bertanya😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, Tuan. Gambaq betui tu.

      Sebelum sepak mula Final Piala Malaysia 1990, di Stadium Merdeka.

      :)

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...