Khamis, Julai 09, 2015

Monjong.



Monjong.
Dalam kalangan masyarakat Jawa (dan Melayu di sesetengah kawasan), budaya ‘monjong’ atau ‘memberi juadah serta lauk-pauk untuk hidangan berbuka atau Hari Raya’ masih dilakukan sehingga ke hari ini.
Antara juadah yang biasa disediakan untuk monjong ialah ketupat, nasi himpit, lemang, roti jala, kuih-muih mahupun lauk-pauk yang lain.
Dulu, budaya monjong ini dilakukan dengan meletakkan juadah dalam mangkuk tingkat. Namun, kini biasanya polisterin, ‘tupperware’, dan plastik bungkus lebih popular dan praktikal, khususnya apabila melibatkan penghantaran juadah ke rumah saudara yang agak ramai.
Paling utama, tradisi ini ialah bertujuan mengeratkan silaturrahmi sesama saudara-mara dan jiran; selain memudahkan penerima juadah onjong, yang tidak perlu memasak untuk berbuka puasa.
Apapun, Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua. Semoga bertemu dengan Malam al-Qadar yang dinanti-nanti.
:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...