TRIO
PENYERANG BERBISA MALAYSIA.
Hanya
yang pernah menyaksikan aksi mereka, akan memahami -- bahawa kita pernah
mempunyai deretan penyerang yang berkualiti serta bertaraf Asia.
Kelibat
Azman Adnan, Hashim Mustapha dan Matlan Marjan, antara yang paling mewarnai
kancah liga tempatan era 90an.
Ketajaman
penyudah mereka, menjadi igauan pihak lawan. Kelibat mereka dirindukan,
kemeriahan era Semi Pro jadi kenangan.
Pasukan
negeri dan kelab perlu memberikan lebih peluang kepada para pemain pelapis dan
muda, untuk beraksi lebih banyak dan lama bersama kesebelasan utama.
Kejayaan
semasa memang menjadi objektif banyak penaja serta peminat, tetapi pembangunan
tunas dan pelapis adalah asas kemajuan masa depan; sesebuah pasukan.
Hanya
dengan pendedahan serta pengalaman, mereka dapat membentuk kematangan serta
mampu membaca perlawanan.
Semoga
kita tidak lagi ketandusan penyerang tempatan yang bagus, untuk mengharum nama
negara, ke mercu antarabangsa.
Petik
sayur si daun maman,
makan
berulam daun pegaga;
habis
tahun berganti zaman,
penyerang
berbisa ku nanti jua!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan