KEMBAR
Dari
zaman rambut pacak-pacak sampai sekarang zaman rambut belah tepi tepek pomade,
produk gilapan Negeri
Sembilan ini rupanya keduanya dah pun cecah usia 30 tahun.
Kekembaran
mereka berdua buatkan Halim Napi
tersalah beduk. Kepopularan mereka berdua bukan setakat di ruangan sukan akhbar
tempatan malah turut hiasi majalah-majalah hiburan tanahair.
Dah
macam sifir bola dunia, kalau pemain bola sepak itu harus dipasang-pasangkan
dengan artis.
Ada
dua ciri yang sama antara mereka berdua meskipun bermain di posisi berbeza.
Kepantasan.
Ingat-ingat
balik Pestabola
Merdeka 2007, macam mana punya laju si Zaquan berganding denganSafee Sali membelah
pertahanan lawan dan macam mana punya kental si Aidil kemudi benteng
pertahanan.
Dilatih
oleh K.
Rajagopal, generasi Piala Asia 2006 Bawah 20 Tahun yang diketuai oleh Aidil
ini lah pencetus kepada kebangkitan bola sepak negara, meskipun sejenak.
Alahai,
mereka ini lah yang kau, kau dan kau ejek serta 'boo' masa lawan MyTeam dahulu.
Buat-buat lupa ya.
Selamat
maju jaya buat kamu berdua.
Muda
lagi baru 30 tahun. Ada sisa usia lagi menabur khidmat untuk negara jika
diperlukan. Kalau dipanggil itu sahut lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan