HALIM
NAPI, DAN WARNA-WARNI PENJAGA GAWANG 90AN.
Sepertimana
posisi penyerang, penjaga gol juga sangat diingati ketika kancah Liga-M
berlangsung dengan meriah pada era 90an.
Bercakap
tentang Kelantan FA, mustahil kita boleh mengabaikan nama besar ini: Mohd Halim
Napi.
Anak
jati Kota Bharu ini lahir pada 1971.
Tinggi
lampai, bertubuh sasa dan berwajah bengis. Pastinya membuatkan penyerang lawan
sedikit berkira-kira bila berdepan dengan personaliti ini.
Lebih
dikenali sewaktu bersama skuad Sang Kijang, Halim juga pernah menyarung jersi
Negeri Sembilan FA dan JKR Kelantan.
Malah,
ketika penghujung kerjayanya, beliau turut bermain bersama The Red Warriors,
ketika era awal tranformasi pasukan itu.
Bukan
sedikit kes amukannya menjadi cerita sensasi di dada akhbar. Namun, para
penyokong setia Kelantan pasti tidak akan melupakan jasanya buat pasukan Negeri
Cik Siti Wan Kembang.
Meskipun
diselubungi dengan pelbagai kontroversi dan kes naik-turun mahkamah, Halim akan
terus dikenang sebagai antara penjaga gawang yang mempunyai nama besar, dalam
arena bola tempatan.
Tuan-tuan,
kami persembahkan kepada kalian, Mohd Halim Napi.
Gomo
Kelate Gomo! Sep kito jange pecoh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan