Isnin, Ogos 28, 2017

TOT: TIKET OH TIKET.



TOT: TIKET OH TIKET.
Menuju Wawasan 2020, dan kini TN50,
Kita masih belum mampu lagi, membangunkan sistem penjualan tiket bola sepak dengan berkesan,
Baik secara atas talian, atau mengikut nombor tempat duduk di stadium (sebagaimana tiket bas atau di pawagam).
Perjalanan kita untuk maju, Tuan-tuan, masih jauh.
Masih jauh.
-------------------------------------
Sementara itu, ‘in the parallel universe’, pihak pengurusan dan penganjur merasa sugul, prihatin dan bimbang,
Selepas melihat peminat dan penyokong terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket bola.
Maka, mereka pun memperkenalkan sistem tiket, pintu dan tempat duduk bernombor yang efisyen.
Stadium pun penuh kembali, dan semua pihak hidup ‘happily ever after’, tanpa sebarang konflik rasa.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...