JIJON:
MEKAR DI HATI PEMINAT.
Ketika
kemuncak prestasinya, aksinya senantiasa dinantikan. Kelicikan dan kemahirannya
yang tinggi, menjadi hiburan yang mengujakan.
Azizol
Abu Haniffah merupakan lagenda bola sepak negara yang tidak boleh dinafikan
lagi. Beliau dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik pernah dilahirkan
negara: sedari kemunculan awalnya sekitar 80an sehinggalah tahun 1994.
Dengan
nombor keramat iaitu ‘12’ pada jersinya - dan ketajaman penyudah - menjadikan
beliau pemain yang disegani, khususnya sewaktu era Liga Semi-Pro.
Meskipun
jasanya seringkali dinafikan oleh pihak tertentu, gelaran-gelaran seperti
‘Jeneral Padang’, ‘Arkitek Padang’ dan ‘Midfielder Terbaik di Malaysia’,
menceritakan betapa besarnya nama ini di hati peminat bola sepak tanah air:
Azizol Abu Haniffah.
Salute
tinggi buat Jijon, legenda bola sepak Malaysia!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan