JAMSARI
SABIAN: DARI PERTAHANAN KE PENJAGA GOL.
“Dulu,
saya kekalkan ‘fitness’, dengan mengayuh basikal setiap kali turun dan balik
daripada berlatih. Dari Kuala Lumpur ke Kelana Jaya, saya bawa basikal ke FAM.
Sedih
bila teringat kenangan suka duka bermain bolasepak. Sayang (kepada) bola sepak
terlampau sangat. Dengan bola sepak jugalah hidup ini penuh cabaran dan
dugaan.”
---------------------------------
Melihat
kepada sosok fizikal dan wajahnya yang bengis, pasti mengingatkan kita kepada
Halim Napi. Ketinggian dan ketangkasannya di gawang pula, membuatkan kita
terkennag kepada penjaga gol legenda Pahang dan Sabah, Khairul Azman Mohamed.
Hakikatnya,
beliau adalah seorang budiman yang berjiwa besar. Jamsari Sabian, satu nama
yang mekar dalam kalangan penyokong setia Selangor FA dan MPPJ FC.
Mula
dicungkil bakatnya ketika menuntut di High School Setapak (1990-1995), Coach
Jamsari asalnya beraksi sebagai pertahanan. Kemudian, jurulatih menukarkan
posisinya kepada penjaga gawang.
Penjaga
gol tinggi lampai yang lahir pada 8hb September 1978 ini, memulakan kerjaya
bersama pelapis Kuala Lumpur FA.
Jamsari
juga merupakan antara anggota pasukan Olimpik Sydney 2000. Skuad yang dibentuk
kesinambungan dari skuad Piala Dunia Remaja 1997.
Diberi
peluang bertanding di Liga Perdana, namun gagal memberikan saingan sengit
kepada pasukan negeri yang lain.
Antara
'skuad mahal' selepas skuad Barcelona Babes ‘92.
Selepas
Olimpik 2000, Jamsari menyarung jersi MPPJ FC.
Tahun
2003 menyaksikan The Black Widows dibarisi oleh pemain yang berumur yang
digabung bersama mahasiswa universiti (kebanyakannya UiTM).
Namun,
hasil pimpinan Khairil Zainal dan Yuzaiman Zahari, ketangkasan Jamsari Sabian,
serta ketajaman gandingan Juan Arostegui dan Martelotto, mereka mengungguli
persada 2003.
Menurut
Coach jamsari, “MPPJ adalah pasukan yang hebat. Walaupun tanpa nama besar dan
gaji besar, kami mampu pegang empat piala dalam masa empat tahun.”
Selepas
menabur bakti bersama MPPJ FC pada 2002-2004, Jamsari dipancing oleh skuad
deretan bintang Gergasi Merah pada 2005. Meskipun asalnya diketepikan kerana
kecederaan bahu, Jamsari akhirnya mengambil alih posisi Shahrizan Ismail
sebagai pilihan utama Coach Dollah Salleh.
D.
Surendran, Ahmad Tharmini Saiban, Nazrulerwan Makmor, P. Gunalan, Elie Aiboy,
K. Sanbagamaran, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Nazzab Hidzan, Bambang
Pamungkas, dan Brian Fuentes, adalah antara barisan bintang yang membarisi
skuad Merah Kuning ketika itu.
Setelah
menabur bakti bersama KLFA, MPPJ FC dan Selangor FA, Coach Jamsari menyarung
jersi Kedah FA (06/07) dan Proton FC (07/08). Selepas bersara, beliau turut
melatih UiTM FC, selain menerima jemputan untuk klinik bola sepak di pelbagai
tempat.
Musim
ini, menabur bakti bersama SAMB FC Melaka (Piala FAM) selaku jurulatih penjaga
gol.
Sepanjang
kerjaya profesionalnya, Jamsari telah menjulang pelbagai piala - Malaysia, FA,
Liga Perdana, Piala Sultan Selangor dan lain-lain.
Coach
Jamsari sentiasa berpegang kepada falsafah hidup: baik ketika beraksi sebagai
pemain mahupun selepas bersara:
“Kesungguhan
dan azam untuk berjaya akhirnya membuahkan hasil.
Pasal
teringat falsafah orang dulu-dulu: ‘dia ada dua tangan, kita pun ada. Dia ada
dua kaki, kita pun ada.'
Jadi,
nak takut apa lagi? Kita bagi 120% untuk berjaya!”
Terima
kasih, Jamsari Sabian, jasamu kami kenang!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan