Isnin, Ogos 28, 2017

KHAIRUL AZMAN: PENJAGA GOL YANG BERPENGARUH.


KHAIRUL AZMAN: 
PENJAGA GOL YANG BERPENGARUH.
Khairul Azman Mohamed dilahirkan pada 5hb Mac 1968 di Kuantan, Pahang. Beliau mempunyai ketinggian 1.85m dan merupakan antara penjaga gol terbaik era 90-an yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.
Dengan ketinggian dan kemahiran yang baik, pada era kegemilanganya mampu membuatkan pemain lawan menggeruni kemampuannya mengawal gawang.
Beliau merupakan anggota skuad Juara Piala Kemerdekaan Indonesia 1992, Juara Pestabola Merdeka 1993, Naib Juara Piala Tiger 1996.
Bekas ‘Penjaga Gol Terbaik Asia’ dan ‘Pemain Terbaik Final Piala Malaysia 1996’ ini pernah bermain untuk Pahang dan Sabah.
Meskipun membarisi skuad bintang Tok Gajah dan Sang Badak kemudiannya, Khairul gagal mengulangi kejayaan menjulang Piala Malaysia pada 1992.
Beliau beraksi empat kali ketika melangkah ke final kejohanan tersebut selaku Naib Juara, menentang Singapura, Selangor FA dan MPPJ FC.
Bersama Sabah FA, Khairul berjaya merangkul Juara Liga Perdana 1 (1996) dan Juara Piala FA (1995).
Bukan senang untuk melihat penjaga gol Malaysia yang cekap dan mempunyai fizikal yang lengkap – depaan dan terpaan yang sesuai, ketinggian yang pasti menggentarkan penyerang lawan.
Dengan pengaruh yang besar dan personaliti tersendiri, nama Khairul Azman Mohamed akan terus harum dalam memori para penyokong setia Liga Malaysia.
Terima kasih, Khairul, atas segala jasa dan pengorbanan mu!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...