Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM
BERSOLIDARITI BUAT AL-AQSA, LUNCUR KEMPEN #NAIK MRT INGAT PALESTIN.
ABIM
sedari awal penubuhannya, komited memperjuangkan pengumpulan dana, selain
kempen penerangan serta advokasi, untuk menyelamatkan bumi Al-Quds, daripada
terus dijajah oleh rejim Zionis Israel.
Pada
7hb Jun 2017, pimpinan ABIM dan PKPIM menghadiri Sidang Meja Bulat Sekretariat ‘Kempen
Selamatkan Al-Quds’, “Mengenang 50 tahun Pendudukan Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa oleh
Rejim Zionis”. Pada bulan Jun 2017, genap 50 tahun pendudukan Al-Quds (Baitul
Maqdis) dan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Zionis susulan serangan kedua mereka
ke atas bumi Palestin. Akibatnya, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian
Timur al-Quds termasuk Masjid Al-Aqsa telah jatuh di bawah pendudukan
haram Israel.
Pada
18hb Julai 2017, pimpinan ABIM dan PKPIM telah hadir dalam sesi mesyuarat di
Setapak, Kuala Lumpur, untuk membincangkan tindakan selanjutnya, sebagai respon
terhadap penutupan Masjid Al-Aqsa dan pencabulan hak rakyat Gaza-Palestin;
bersama wakil daripada pelbagai NGO Malaysia.
Antara
yang turut serta dalam mesyuarat anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia ini, adalah
Pertubuhan IKRAM Malaysia; Aqsa Syarif; MyCARE; HALUAN Palestin dan lain-lain.
Pada
hari Khamis (20hb Julai 2017), telah berlangsung dengan jayanya, Sidang Media
Peluncuran Kempen #NaikMRTIngatPalestin di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Taman
Cemerlang, Gombak.
Mengambil
ruang daripada pelancaran MRT laluan Kajang - Sungai Buloh baru-baru ini, ABIM
bersama Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Yayasan Al-Quds
Malaysia, Global Peace Mission Malaysia (GPM), Malaysian Life Line For Syria (MLLFS),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), FC Barcelona Fans (Malaysia),
Retro Bola Sepak serta beberapa NGO kemanusiaan antarabangsa, meluncurkan
kempen #NaikMRTIngatPalestin ini.
Kempen
ini adalah bagi meneruskan momentum kempen Save Al-Quds, untuk diterapkan dalam
kalangan para pengguna perkhidmatan MRT. Justeru, ABIM mengalu-alukan serta
menyeru seluruh rakyat Malaysia -- khususnya pengguna MRT; untuk bersama-sama
menularkan dan berkongsi ‘hashtag’ #NaikMRTIngatPalestin dan #SaveAlquds sebagai
medium solidariti, ke atas bantahan terhadap kebiadaban rejim Zionis
Israel.
ABIM
meneruskan momentum Kempen #NaikMRTIngatPalestin,
di Stesen MRT Kajang, Muzium Negara dan Stesen Pasar Seni. Tanpa mengira
bangsa, agama dan ideologi; para pengguna MRT khususnya dari Stesen MRT Kajang,
menyambut baik kempen ini. Program ini turut mendapat liputan media daripada
Sinar TV dan Al-Jazeera.
Pada
21hb julai 2017 (Jumaat), ABIM dan PKPIM telah berpartisipasi dalam perhimpunan
solidariti untuk Al-Aqsa. Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul
Aziz, dan Naib Presiden ABIM yang juga CEO Global Peace Mission Malaysia (GPM),
Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin turut menyampaikan pidato dalam protes aman
tersebut.
Perhimpunan
aman “Untukmu, Ya Al-Aqsa” ini, berlangsung selepas solat Jumaat, dari Masjid
Tabung Haji ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur.
.
.
Hasbunallah wanikmal wakil. Sebarkan!
.
Hasbunallah wanikmal wakil. Sebarkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan