Rabu, Ogos 02, 2017

RBS DI PESTA BUKU MABOPA DI MAEPS, SERDANG.


RBS DI PESTA BUKU MABOPA DI MAEPS, SERDANG.
29hb Julai 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, berksempatan mewakili Retro Bola Sepak (RBS) di Pesta Buku MABOPA (Persatuan Penerbit Buku Malaysia), sesi autograf santai bersama para pembeli buku sulung RBS di reruai Thukul Cetak.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid Seri Fitrah Senior dari SERI ABIM Sungai Ramal, yang memenangi Pertandingan Young Muslim Talent sempena Malaysian Islamic Children’s Fair (MICF) 2017 yang dijalankan serentak bersama Pesta Buku MABOPA di MAEPS, Serdang.
Para peserta mempamerkan bakat masing-masing, seperti menyanyi, bersyair, nasyid, choral speaking, silap mata, berceramah dan sebagainya. Kumpulan nasyid legenda, Rabbani turut membuat persembahan di pentas yang sama.
Keesokan harinya, 30hb Julai 2017 (Ahad), anak-anak SERI ABIM telah menyertai Cabaran Arkitek Muda, sempena MICF 2017. Rakan sinergi untuk Cabaran Arkitek Muda ialah LEGO EDUCATION dan Yezreen Architect sebagai juri pertandingan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...