Rabu, Mac 19, 2014

Persidangan NGO Rantau Asia Pasifik Berkenaan Pemerdagangan Orang 2014 di Hotel Istana.

Presiden ABIM: 
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
 
Alhamdulillah, pagi tadi saya  telah berkesempatan mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ke Persidangan NGO Rantau Asia Pasifik Berkenaan Pemerdagangan Orang. Program selama 3 hari ini dianjurkan di Hotel Istana, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Datuk Dr Raj Abdul Karim, Penganjur Bersama Persidangan serta YB Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan. Datuk Dr Raj juga merupakan Naib Presiden, Pan Pacific and South East Asia Women’s Association Malaysia (PPSEAWA Malaysia) dan Malaysian Council for Child Welfare (MKKM). 
YB Khairy menyeru golongan anak muda supaya dapat meningkatkan kesedaran dan tahap kefahaman mereka berkenaan jenayah pemerdagangan manusia – yang beliau golongkan sebagai isu nasional dan rentas negara yang sama bahayanya seperti isu penyalahgunaan dadah.
YB Khairy juga menggalakkan golongan belia agar menggunakan kemudahan media sosial sebagai medium untuk mengkaji serta menyebarkan maklumat yang baik untuk membantu menyedarkan masyarakat terbanyak berkenaan isu pemerdagangan manusia.
Program ini dihadiri oleh ramai wakil NGO dari pelbagai buah negara. Antara topik yang dibincang serta dibentang ialah peranan serta usaha yang telah dan sedang dijalankan oleh Malaysia dan Negara Asia lain dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang.
Sesungguhnya, terdapat keperluan yang tinggi untuk kita memahami sebab-musabab serta punca jenayah pemerdagangan manusia berlaku, di samping perlunya untuk kita berfikir di luar kotak, memandangkan para penjenayah pastinya sudah semakin bijak dalam merancnag serta melakukan jenayah tersebut. Kita mampu mengubahnya, asal saja ada kesepaduan hasil usahama semua pihak.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...