Selasa, Mac 18, 2014

Wacana ABIM bersama Dr. Abu Bakar Ahmed Al-Sengheti.

Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Wacana ABIM bersama 
Dr. Abu Bakar Ahmed Al-Sengheti.
Pada 17hb Mac 2014, satu majlis wacana WADAH-ABIM-PKPIM bersama Dr. Abu Bakar Ahmed Al-Sengheti, Pengarah International Institute of Islamic Thought USA (IIIT Amerika Syarikat) dan mantan Rektor UIAM telah dianjurkan di Balai Rakyat, Sungai Ramal Dalam. Turut bersama beliau ialah Prof Emeritus Datuk Dr. AbdulHamid AbuSulayman, mantan rektor UIAM. Balai Rakyat terletak di Kediaman Ayahanda Ustaz Siddiq Fadzil, Jalan ABIM-SURADA, Kajang.
Topik bicarawara kali ini ialah “American Muslim Identity:Towards An Active Engagement.” Antara mesej utama dalam bicara beliau ialah bagaimana masyarakat Muslimin dapat memperkuat dan mengeratkan ukhuwah sesama mereka, dan membina hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam.
Beberapa minggu selepas itu (1hb April 2014), ABIM mengambil kesempatan mengundang Prof AbdulHamid AbuSulayman pula untuk sesi khas bersama para pelajar dan pemuda. Prof AbdulHamid, walaupun suka gelak kuat, sambil suka menyakat orang lain, tetapi ada satu pesan beliau yang cukup mengesankan: “Peduli dan serius dengan kehidupan kita masing-masing… Jangan pernah putus asa… Teruskan bekerja… “Bila lagi hendak undang/jemput saya?”
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan. Kobar jiwa semangat. Padu.
----------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200881559161556&set=a.4192831759374.1073741825.1842064766&type=1;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts;
  3. https://www.facebook.com/pages/Kolej-Dar-al-Hikmah/201757839978276?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...