Bola padang, kasut ‘Shaolin Soccer’ dan
penjaring cilik.
Alhamdulillah, pada 16hb Mac (Ahad),
Kelab Jersi Kita (KJK) telah berkesempatan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan
dengan Kelab K69. Perlawanan dimulakan pada jam 9 pagi di Padang C, MARDI, UPM
Serdang. Terima kasih diucapkan kepada semua pemain KJK dan Lempoyang FC yang
sanggup beraksi walaupun menyedari hampir sebahagiannya sudah lama tidak turun ke
padang dan juga bergandingan buat kali pertama sebagai sebuah pasukan. Kalian
semua adalah hero pagi semalam meskipun keputusan perlawanan amatlah tidak
memihak kepada KJK.
Matlamat utama; iaitu berkumpul bersama sebagai
satu pasukan telah tercapai. Walaupun sebelum ini ada yang tidak kenal antara
satu sama lain. Apa yang penting ialah kesanggupan memberi kerjasama dan
memberikan aksi yang termampu oleh kita, berbanding pasukan lawan (K69) yang
ternyata cukup bersedia dan serasi dengan permainan bola padang.
Sekalung penghargaan buat Bro Jabal Noor
yang mengusul serta mengusahakan perlawanan ini untuk menjadi kenyataan. Terima
kasih juga buat Bro Edy
Kamarudin selaku wakil K69 kerana sudi menerima pelawaan dari kami
semalam. Ternyata, K69 adalah pasukan yang bagus dan tersusun. (Jangan serik
kalau kami ajak lawan lagi nanti. Hi hi).
Tahniah kepada penyerang cilik yg
menyumbang satu gol semalam, kami doakan adik... (nama dirahsiakan) akan
berkembang kerjaya bolasepaknya pada masa akan datang.
Bersama memartabatkan jersi serta liga
tempatan kita. Padu!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan