Poster promosi acara ‘Pink Dot Penang 2014’ yang dijadual untuk dijalankan di George Town, Pulau Pinang. |
Laporan polis berkenaan acara ‘Pink Dot Penang 2014’ . |
Logo Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). |
Saudara Amidi Manan, Presiden ABIM dan mantan Presiden PKPIM. |
Setiausaha Agung ABIM: Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz. |
Dari kiri: Saudara Ahmad Nazrin (PKPIM), Saudara Anuar Manap (Setiausaha Agung PKPIM), Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM)dan Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin(Penolong Setiausaha Agung ABIM). |
Menikmati hidangan makan tengah hari di Kompleks Pertama, usai membuat laporan polis dan sidang media. Syukur, alhamdulillah. |
ABIM kecam penganjuran ‘Pink Dot Penang
2014’
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
membantah penganjuran acara ‘Pink Dot Penang 2014’ di George Town, Pulau Pinang
yang dipercayai bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender
(LGBT). Poster acara tersebut telah dimuat naik di Internet, dan dijual untuk
berlangsung di 1926 Heritage Hotel pada Mac 29.
ABIM berpandangan bahawa acara sebegitu
amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia,
kata Setiausaha Agungnya, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz. Katanya,
berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013, acara
seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran “…dengan tujuan menyeru
persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap
suatu yang negatif”.
“ABIM memandang berat penganjuran acara
sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen
majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran
agama. Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan
songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di
negara-negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain,” katanya dalam satu
kenyataan.
“Namun, ABIM juga menilai acara tersebut
sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan
hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika
menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung
dengan kelompok LGBT,” tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, ABIM melihat
memadai untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga
diberikan pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang.
Sehubungan itu, katanya, ABIM akan
menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama
Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Pejabat
Menteri serta Pejabat Ketua Pembangkang.
Selain itu, katanya, ABIM bersama
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah membuat
laporan polis pada 13hb Mac 2014 (Khamis) pada lebih kurang jam 12 tengah hari,
menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan semangat yang
terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang-terangan
mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada nilai kenegaraan.
Malaysia tidak mempunyai undang-undang
terhadap homoseksual, tetapi liwat adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan
yang boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Pada tahun 2011, acara
yang sama ‘Seksualiti Merdeka’ di Kuala Lumpur telah diharamkan, di mana
kira-kira 30 anggota polis menyerbu majlis itu semasa ia sedang berjalan.
Berikut merupakan kenyataan rasmi ABIM yang
dibacakan oleh Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz:
“ABIM KECAM PENGANJUR PINK DOT PENANG
2014
ABIM merujuk kepada hebahan poster yang
dimuatnaik di internet baru-baru ini yang mempromosi acara ‘Pink Dot Penang
2014’ pada 29 Mac 2014.
ABIM membantah penganjuran acara tersebut
yang dilihat bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender
(LGBT) dan berpandangan acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai
pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia.
Berdasarkan rujukan terhadap laman Pink
Dot Singapore, pada tahun 2013 acara seumpama ini telah diadakan secara
besar-besaran dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar
hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif.
ABIM memandang berat penganjuran acara
sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen
majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran
agama. Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan
songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di negara-negara
maju seperti UK, Perancis dan lain-lain.
Namun ABIM juga menilai acara tersebut
sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan
hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika
menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung
dengan kelompok LGBT.
Walaubagaimanapun, ABIM melihat memadai
untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga diberikan
pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang.
Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga
akan mengemukakan surat bantahan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan
Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk
Pejabat Y.A.B Perdana Menteri serta Pejabat Y.B Ketua Pembangkang selain
membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan
semangat yang terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara
terang-terangan mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada
nilai kenegaraan.”
* Kemas kini entri:
Dalam satu perkembangan terbaru, NGO hak
asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cawangan Pulau Pinang mengumumkan bahawa
acara Pink Dot Penang 2014 dibatalkan demi keselamatan peribadi penganjur dan
para peserta.
Satu kenyataan Suaram Pulau Pinang menyebut, keputusan itu diambil selepas mengambil kira bantahan oleh pihak yang menyifatkan acara pada 29 Mac tersebut sebagai “pesta seks”. Dalam kenyataan tersebut, NGO itu menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan ia merupakan acara sosial terbuka untuk masyarakat minoriti bertemu dan berinteraksi.
Satu kenyataan Suaram Pulau Pinang menyebut, keputusan itu diambil selepas mengambil kira bantahan oleh pihak yang menyifatkan acara pada 29 Mac tersebut sebagai “pesta seks”. Dalam kenyataan tersebut, NGO itu menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan ia merupakan acara sosial terbuka untuk masyarakat minoriti bertemu dan berinteraksi.
“Acara ini bukan satu parti seks seperti
yang didakwa oleh segelintir kumpulan. Itu adalah fitnah semata-mata. Suaram
Pulau Pinang mengumumkan pembatalan acara ini selepas mengambil kira pandangan
pelbagai organisasi yang lain dan juga selepas mengambil kira keselamatan
peribadi pihak penganjur dan peserta-peserta.”
Pink Dot Penang 2014 pada asalnya
dianjurkan oleh Suaram, Penang Freedom to Love dan Rainbow Connection dan akan
berlangsung pada 29 Mac ini di Hotel Heritage 1926 dan Yard Cafe, Jalan Masjid
Kapitan Keling. Peserta dikenakan bayaran di antara RM45 hingga RM50 untuk
menyertai satu bengkel mengenai hak asasi dan satu parti pada sebelah malamnya.
Acara itu mendapat tentangan daripada
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), dan
Pemuda PAS, antara lainnya kerana meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual,
Transgender (LGBT).
“Menegakkan Kebenaran dan Keadilan”.
.
--------------------------------------------
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan